Saturday, August 11, 2007

NEGARAKUKU ~ Harian Metro Punca Kontroversi. Bila Namewee Nak Masuk PKR?

Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, tokoh yang sangat tersohor di Malaysia hari ini kerana kehebatannya mengubah lagu Negaraku jadi lagu dia sendiri tetap mengaku tidak bersalah dan menuduhkan akhbar berbahasa Melayu, Harian Metro sebagai punca berlaku kontroversi berhubung isu tersebut.

Tuduhannya terhadap Harian Metro disiarkan dalam laman internet Malaysiakini. Menurutnya, laporan dalam akhbar berkenaan "tidak beretika, subjektif dan mengelirukan" dan telah menimbulkan persepsi negatif terhadapnya di mata masyarakat.

Betul ker Namewee? Anda tidak menghina agama Islam. Tetapi visual yang tersiar dalam video klip tersebut antaranya memaparkan visual orang islam sedang bersembayang yang saudara anggap sebagai hiburan semata-mata.

Adakah itu tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Apa tujuan saudara memaparkan visual tersebut dan apa tujuan saudara sebenarnya membuat video klip tersebut yang jelas menghina Malaysia di mata dunia.

Tindakan saudara ini tidak lain tidak bukan umpama ’meletakkan najis di atas peta Malaysia’ sebagaimana yang orang-orang KeADILan buat di luar negara. Memburukkan nama Malaysia di Barat yang bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin negara.

Maka tidak hairanlah pemimpin Angkatan Muda Keadilan menyokong tindakan saudara malah AMK Batu Gajah juga bersedia menawarkan bantuan guaman kepada saudara sekiranya dia berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa apabila pulang nanti.

Ini kerana saudara juga salah seorang dari mereka. Mereka dah tawarkan kepada saudara tempat bagi menyertai AMK, mereka telah menyediakan platform untuk saudara untuk menyuarakan keprihatinan saudara yang amat baik untuk negara Malaysia ini.

Apa lagi yang saudara tunggu?

6 comments:

melayusedih said...

Papar video orang sembahyang pun menghina Islam ke? Sensitif benarkah kita orang Islam ni? Orang nyanyi yang tak elok sikit pasal Islam, pasal Melayu cepat kita melenting. Hal-hal rasuah, salahgunakuasa yang terang-terang kita tak endah. Kita terus sokong, terus undi. Bukankah kita sendiri yang menghina Islam? Benda yang kecik kita nak jadi panglima Islam. Hal-hal prinsip Islam yang terang-terang diperlekehkan orang Islam, orang Melayu sendiri kita ambil sikap 'tak apa'. Kita terus akan pilih orang-orang yang kita tahu akan terus dengan perbuatan-perbuatan menghina nilai-nilai Islam. Bukalah mata kita. Tak payahlah kita kutuk orang lain hina Islam. Selagi orang Melayu macam ini, selagi itulah maknanya kita sendiri yang tabur najis pada agama dan bangsa kita sendiri.

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

kepada melayusedih, saya berasa amat bersyukor atas segala pandangan saudara.

nampaknya masih terdapat banyak lagi melayu seperti kamu - yang berfikiran waras, yang tahu apa erti sebenar penghinaan agama islam, yang boleh memahami sesuatu isu secara objectif...

Unknown said...

Mangkuk hayun punya Pejuang. Lu nie banyak cakaplah. Lu jangan cakap sesedap mulut lu, nanti jadi macam Pak Cik gua.

Accident, kena jahit mulut sebab mulut jahat sangat. Asyik nak bantai orang jer, kan dah kena jahit mulut.

Gua jahit mulut lu nak tak? Kalau tak nak, baik lu diam jer.... biarlah namewee tu

Unknown said...

BeStLaH LaGu Nie.. SeMuA bELia-BeLiA dlM mAlaYsia SkrG, NyAnyi ReNtak LaGu NiE.. "YeAH² NeGaraKu!.. NEgARaKukU!!".. -KEMENTE®IAN BeLia X FUNGSI LaNgsUng!- yeah-yeah!!!

rain said...

I am a chinese with malay frens when in primary school, and malay colleagues too. What Wee is feeling is a general sentiment of some Malaysians. Dia sebenarnys frust terhadap situasi dimana perkembangan & potensi tidak dapat dicapai di tanahair kelahiran kerana polisi positive affirmation dan ini sememangnya berleluasa - bukan mencaci Islam / Melayu / negara. Perbualan dengan kawan2 Melayu masih semesra dahulunya, dan saya masih akan manjamu nasi paprik kegemaran saya di warong tepi jalan sewaktu balik ke rumah. Hanyalah mengeluh kenapa ada polisi berat sebelah. Mungkin banyak dari kawan2 Melayu saya yang tidak sedar (seperti kuil baru tidak mendapat kelulusan Majlis, kuil tidak dibenarkan unsur2 agama di luaran, sijil pelajar sekolah Cina tidak diterima kerajaan dan sebagainya) tetapi ini hakikat hidup masyarakat bukan Melayu.

red said...

Hal lain aku tak kisah... Tapi bila dah menyindir laungan azan ni, aku rasa dah over laa beb...