Dok sibuk berjuang untuk rakyat, jaga harta rakyat, jaga duit rakyat, jangan korbankan harta rakyat demi kepentingan sendiri .... itu semua dah jadi darah daging perjuangan kita.
Bukan sahaja di pihak kerajaan, malah pembangkang juga dok kata mereka memperjuangkan hak rakyat dan harta benda rakyat.
Aku sedih bila membaca masalah Dr Azly Rahman dan isterinya, Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad yang dikatakan telah dibuang Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana mereka gagal menandatangani Aku Janji.
Dalam tulisan Lee Ban Chen di malaysiakini, ada menyebut satu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor/bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan mendesak agar Akujanji Universiti dimansuhkan dan mereka yang telah dipecat kerana enggan menandatangai Akujanji terbabit, termasuk Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad hendaklah diambil bertugas semula.

Petisyen tersebut menyifatkan ikrar taat setia itu sebagai satu hadangan terhadap perkembangan sihat universiti, kerana ianya menghakis hak asasi kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara yang amat penting untuk dilindungi dan diperkuatkan jika negara mahu maju ke hadapan.
Nampaknya gaya penulisannya macam Dr Azly dan isterinya ini penyokong puak pembangkang yang tidak mahu menanda tangani Aku janji berkenaan. Benarkah begitu?
Aku pada awalnya sungguh kecewa dengan tindakan UUM yang menyekat ilmu Dr Azly ini. Tapi sebenarnya, tanggapan awal aku silap sama sekali. Ini kerana bukan Azly dan Mutiara tidak mahu menandatangani aku janji terbabit tetapi sebenarnya beliau telah berhutang dengan UUM sebanyak RM 1.25Juta.
Wow! Kenapa begitu banyak sekali hutang dua insan ini terhadap UUM.....? Betul ker mereka berhutang dengan UUM atau apa sebenarnya yang berlaku .... aku nak tunggu dan lihat, apa pula jawapan Dr Azly selepas ini?
No comments:
Post a Comment