Sunday, June 5, 2011

Lama Betul Tak Update....

gua malas, gua bengang, gua tak masuk campur ...

itulah alasan yang paling tepat mengapa blog gua nie lama tak update ...

banyak isu, anwar meliwat, anwar beromen dengan amoi SPA, anwar lari ke luar negara .... korang dah bantai, apa plak aku nak buat, baca jerlah korang punya .....


Monday, October 4, 2010

WIRA PERKASA ADA TELOR

Tahniahlah, sepanjang musim percutian aku selepas orang harapan aku kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO, dan selepas Ketua Pemuda yang baru nampaknya mendiamkan diri dan tidak suksess menjana Pemuda hari ini, tidak sebagaimana ketika KJ Naib Ketua Pemuda, kini timbul pula Wira Perkasa yang diterajui saudara Arman Adha sebagai ketuanya.

Banyak benda yang dia buat sejak akhir-akhir ini membuka mata, khususnya ke mana hilang suara Pemuda, ke mana hilangnya semangat Pemuda, ke mana hilangnya taring KJ sebagai Ketua Pemuda?

Nasihat buat Arman, sejauh mana hebat dan gagahnya saudara mengharungi perjuangan ini, ingatlah bahawa saudara juga sebagai ahli Pemuda UMNO. Namun usaha berterusan saudara bersama sahabat-sahabat Wira Perkasa membuktikan saudara dan sahabat-sahabat saudara ada TELOR….

Teruskan perjuangan saudara dan Wira Perkasa.

Cuba untuk kembali .....

Setahun lebih aku memencilkan diri..... biarlah aku berehat, hanya sekadar menyaksikan sendiri sandiwara dan lakonan pentas yang berlaku.

Hakikat sebenar, skill menulis aku pun dah tumpul, oleh itu aku memohon untuk mengambil beberapa artikel dari sahabat blogger lain sebagai 'pemanas badan' sebelum aku tampil dengan tulisan hasil dari idea aku sendiri....

Wednesday, April 22, 2009

JAIS KARIM BAKAL PRESIDEN GPMS?

Pada tahun ni, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung bakal menyaksikan proses demokrasi akan terus berjalan seperti biasa. Maksudnya, tahun nie GPMS akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa tertingginya.

GPMS hari ni dipimpin oleh bekas Setpol Perdana Menteri…. Rizal Merican Naina Merican. Tetapi, kekalahannya kepada Dato Razali Ibrahim pada pemilihan Naib Ketua Pemuda yang lalu…menyukarkan sedikit kedudukannya dalam GPMS.

GPMS pastinya ada muka baru untuk diketengahkan sebagai pemimpin mereka. Dari ura-ura dan kata-kata semangat yang aku dapat dalam GPMS mengatakan bahawa Jais Karim, Naib Presiden GPMS adalah calon yang paling layak mengantikan Rizal.

Sebagai orang kanan Rizal selama ini….selain hubungan baiknya dengan Majlis Belia Malaysia beserta hubungan baiknya dengan Dato’ Suhaimi Ibrahim, mampu meletakkannya sebagai pemimpin GPMS dalam pemilihan datang.

PAS- Parti Islam SeMalaysia @ Pakatan Anwar Sesat?

Dah tiga hari aku tak merapu nie. Budaya malas dah kembali dalam jiwa…sebab tu malas nak merapu kat blog aku nie. Apa citer panas 2-3 hari nie, yang pastinya AGS 10 bakal tergadai tak lama lagi.

Assalammualaikum bang Nizar…bila nak pulang Camry tu? Pulangkanlah kat Zambry, bila dia lelong Camry tu. Abg Nizar kan jutawan… takkan heran sangat dengan Cambry tu.

Okeylah, tak lama lagi pemilihan Pas…Pakatan Anwar Sesatkan. – Persoalannya kini, siapa Presiden Pas tajaan Anwar. Mungkinkah Hadi akan tersungkur kaku kali ini diserang pasukan Anwar dalam Pas. Calon terbaik untuk menewaskan Hadi ialah Kamaruddin Jaafar.

Bagaimana dengan Husam…pastinya Husam juga mempunyai cita-citanya tersendiri. Nasharuddin mungkin akan menjadi mangsa Husam. Mungkinkah Nik Ajis akan memberikan restu kepada Husam untuk bertanding Timbalan Presiden.

Namun, kebolehan dan kemampuan Nizar jangan diperkotak-katikkan. Dia juga layak memimpin Pas kali ini. Kemampuan dia mencuri undi bangsa lain khususnya mengadai tanah kepada bangsa lain menunjukkan slogan PAS FOR ALL memang sesuai dan mampu direalisasikan.

Okeylah, biarlah Pas meneruskan musim pemilihannya. Aku mendoakan agar hadi Awang dan Nasharuddin kekal memimpin Pas – Parti Islam SeMalaysia, bukannya Pas- Pakatan Anwar Sesat.

Friday, April 17, 2009

Ke mana haluan Pemuda selepas ini?

Pemuda oh Pemuda? Kini Pemuda dah ada Ketua Pemuda yang baru. Walaupun aku bukanlah penyokong KJ, namun aku tetap nak ucap tahniah padanya, walaupun agak terlewat…sebab aku malas nak menulis sejak kebelakangan ini.

TAHNIAH KJ…. Buktikan anda mampu membentuk satu pasukan Pemuda yang cukup mantap selepas ini. Jangan jaga orang yang sokong anda sahaja hingga abaikan penyokong Mukhriz dan Khir Toyo.

Sebab perjuangan kita lebih jauh selepas ini… perjuangan mengembalikan semula era kegemilangan Pemuda UMNO dan BN yang kita nampaknya semakin goyah dek penangan si kaki liwat, aljuburi al-buntuti.

Bukan sahaja UMNO yang terancam, hakikatnya PAS juga akan menjadi mangsa kerakusan manusia bernama al-juburi al-buntuti ini. Tengoklah sahaja Muktamar PAS tak lama lagi, mampukan Husam sebagai orang kanan si al-juburi ini menjatuhkan Nasharuddin dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS.

Ah…luapakn soal PAS…. Baik kita renung kembali parti kita, Pemuda UMNO khususnya. Pemuda dah pu melantik pegawai-pegawai kanan… Tahniah juga Megat Firdaus, Rozabil, Rezal dan Shaiful Hazizi di atas lantikan sebagai PSU, Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Jangan ingat senang pegang jawatan-jawatan tu. Cuma apa yang aku kesalkan, di kalangan pegawai Pemuda ini, tak Nampak pula muka-muka penyokong Mukhriz ataupun Khir Toyo. Nampaknya semua orang KJ. Kata nak bersatu selepas pemilihan, ini belum nampak usaha ke aras penyatuan tersebut.

Takpelah, KJ mampu buat yang terbaik untuk satukan Pemuda. Bagilah masa dan peluang kepadanya. Tahniah Mukhriz dilantik Timbalan Menteri MITI. Walaupun tewas, jangan tinggalkan Pemuda, bagilah kerjasama terbaik kepada KJ untuk membangunkan Pemuda, memperkasa semula Pemuda dan menarik semula sokongan orang muda kepada UMNO.

Aku yakin gabungan KJ-Mukhriz-Khir Toyo mampu buat semua itu. Tapi bolehkah ia menjadi reality? Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan Ketua Pemuda UMNO yang baru ini. Doakan sahajalah yang terbaik untuk Pemuda UMNO.

Thursday, April 16, 2009

Melayu di ambang bahaya

Lama gila aku menyepi, lama gila aku tak update blog… aku takde idea. Menyampah tengok politik Malaysia hari ini. Tak kiralah UMNO, PAS .... PKR dan DAP jauh sekali jalan perjuangannya.

Apa yang nak aku perkatakan.... apa sahaja senario politik yang berlaku hari ini... MELAYU yang bodoh, MELAYU yang akan rugi. Sebabnya, PAS kena tekan DAP, UMNO kena tekan MCA dan Gerakan.... akhirnya terpaksa mengalah.... aku juga yang rugi melihat Melayu terus terkebelakang.

Paling senang, DAP yang kerjanya cukup senang. Dia akan laga-lagakan UMNO-PAS-PKR Melayu ...dia yang akan dapat segala-galanya. Kuasa, harta, tanah dan maruah. Yang jadi balacinya, siapa lagi kalau bukan PAS yang diketuai Nizar.

MCA pula ingin mencuba pendekatan yang sama, dengan cuba bermain api untuk minta kerusi Timbalan Perdana Menteri dari Dato Najib.... yang dia dapat OneMalaysia.

Pada mulanya...aku berpandangan, OneMalaysia nie sama aje pendekatannya dengan malaysia Malaysian yang diperjuangkan DAP, sama ajer dengan PAS For All sebagaimana perjuangan PAS kini, walaupun satu ketika dulu PAS kata UMNO Kafir sebab bersahabat dan bekerjasama dengan MCA dan Kompenan BN lain. Kini, PAS juga bukan sahaja bersahabat, bekerjasama dan berpeluk....dah ada Kelab Penyokong PAS yang diketuai Gobala.

Saper kuda siapa...aku tak tahu. Yang aku tahu.... Melayu terus berpecah. Tapi aku tetap berdoa dan berharap agar kepimpinan Dato’ Najib Tun Razak akan dapat mencuri semula hati orang Melayu untuk menyokong UMNO, akan dapat menarik semula keyakinan orang bangsa lain untuk terus bersama Barisan ... .

Dalam kesempatan ini, aku gak nak ucap tahniah buat Dr Zambry dan barisan EXCOnya kerana boleh hadir sidang DUN. Bila nak buat, kalau Siva si Speaker pokok asam tu tak nak panggil sidang DUN, Zambry pergi aja mendagap Sultan Perak untuk minta perkenan panggil sidang DUN.

Jangan dilayan sangat si dewa `pokok-pokok’ tu. Kesian gak aku dengan Nizar, terpaksa ‘menyembah’ pokok DUN untuk terus berkuasa. Sabarlah Nizar, jangan sesat sangat. Kini awak tu dah ada 2 tanggungjawab, kalau asyik menyembah pokok tu.... menderita pengundi awak kat Sungai Panjang dan Bukit Gantang tu.

Sunday, February 1, 2009

BILA MB PERAK RASA NAK PITAM

Suasana malam tadi boleh menyebabkan MB Perak, YB Dato’ Seri Nizar rasa macam nak pitam. Baru nak rasa lega bila ada YB BN masuk PKR (Pakatan Rakyat), sekurang-kurangnya kerusi MB akan kekal bersamanya untuk 5 tahun ini, nampaknya kegembiraannya tidak lama.

Malam tadi, kecoh sekejap bila tersebar cerita bahawa 2 ADUN PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN yang boleh menyebabkan Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Menurut laporan Bernama, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Boleh pening kepala dibuatnya YB Nizar nie. Bak kata Nobisha dalam blognya, ‘
PANADOL ACTIFAST DAH HABIS DI IPOH!’. Begitu juga dengan Kickdefella yang mencadangkan jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah untuk Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.

Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana).

Namun, semuanya jangan risau. Pilihan Raya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering tidak perlu memandangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

Menurut laporan `Berita Terkini Utusan-Online pada jam 10.01 malam’, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Oleh yang demikian, tak perlulah rasa gusar gulana, Cuma ada antara orang-orantg penting di Perak akan selalu ‘pening kepala’ khususnya Nizar yang baru nak hampir setahun memegang tampuk pemerintahan Perak, mungkinkah beliau akan bertahan sepenggal ini sebagai MB.

Tengoklah minggu ini…apakah sebenar permainan atau perjuangan sebenar yang berlaku di Perak. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…. Siapa yang permainkan siapa sebenarnya?

Tuesday, January 20, 2009

KT: 1 mati 1 bunuh diri….yang rugi orang Kuala Terengganu

Lama dah aku tak update blog, aku busy sikit dengan study aku. Lagipun aku malas nak menulis, apa lagi melihat pergolakan dan scenario politik yang ntah apa-apa tah sejak kebelakangan ini.

Tapi, aku nak buat camna, dah jiwa aku jiwa politik, jiwa membangkang. Tapi aku bukan pembangkang. Aku masih ahli UMNO, tapi jiwa aku bebas…nak pilih saper sahaja yang aku fikirkan layak….dia aku sokong. Memang dah jadi cita-cita aku nak jadi pembangkang dalam UMNO.

Cuma selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu baru-baru ini, baru aku rasa macam nak aktif semula dalam dunia blogger nie.

Dengan tujuan untuk mengajar pemimpin-pemimpin UMNO yang bongkak dan tamak dengan kuasa, tamak dengan pangkat…tanpa memikirkan perjuangan akar umbi.

Aku tak salahkan Najib dalam kekalahan BN tersebut, tapi aku nak salahkan Presiden yang berkeras mahu meletakkan orang kanannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu…..siapa lagi kalau Wan Ahmad Farid sebagai calon di kerusi P036: Kuala Terengganu.

Sekarang, siapa yang rugi? Bukan Wan Farid yang rugi, yang rugi adalah BN dan UMNO yang hilang satu kerusi di Parlimen. Sebab apa? Sebab nak selamatkan orang-orangnya sehingga lupa bahawa rakyat sudah menolak Pak Lah dan orang-orangnya sama sekali.

Nak kata Wan Farid nie ngok… tak sedap pula. Dia seorang lawyer. Sesungguhnya dia lebih pandai dari aku…yang hanya berkelulusan tamat sekolah menengah ajer.

Ntahlah, daripada Kuala Terengganu ada 2 orang Timbalan Menteri… 1 meninggal, satu bunuh diri…yang rugi orang Kuala Terengganu.

Dahlah ty, malas aku nak komen lagi pasal KT nie, Cuma nak tengok kat mana Pak Lah nak sumbat di Wan Farid nie.

Okeylah, pasal dah lama tak menulis…aku pun dah kejang tangan. Nanti esok-esok aku menaip lagi…. Aku pun tengah risik-risik, siapa lagi orang kanan yang bakal diselamatkan menjelang Mac nie…

Mungkinkah Reezal Merican? Mungkinkah Reezal akan dilantik menjadi senator mengantikan Wan Farid seterusnya akan duduk di kerusi Timbalan Menteri? Untung sabut timbul, untung Reezal siapa yang tahu….

Monday, October 13, 2008

PERALIHAN KUASA – Kepentingan Akar Umbi Kepentingan Pak Lah

Keputusan Pak Lah dalam proses peralihan kepimpinan baru-baru ini secara jelas menunjukkan bahawa beliau bukan sebagaimana yang didakwa selama ini iaitu seorang yang ingin kekal berkuasa. Beliau telah sudi mendengar suara akar umbi dan ini membuktikan bahawa jiwanya terhadap UMNO cukup tinggi. Walau apa pun keadaannya yang lebih penting sekarang ialah kita sudah mengetahui keputusannya, maka yang perlu diutamakan selepas ini ialah kekuatan seluruh ahli parti dan rakyat untuk menghadapi episod mutakhir politik tanah air ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri hishammuddin Hussein berkata, secara jelas, kematangan, kebijakan, dan ketelusan serta keikhlasan adalah amat dituntut dalam keadaan seperti ini. Setiap ahli parti daripada semua peringkat harus berlapang dada dan berusaha merasionalkan pemikiran dan tindakan masing-masing. Kita bukan berada dalam zon perang atau pun pilihan raya. Kita hanya berada dalam situasi untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dijayakan sepenuhnya.

”Dalam tempoh beberapa bulan ini juga saya cukup kagum dgn kesabaran, ketabahan, kematangan dan pegangan Dato' Seri Najib yang meletakkan kepentingan parti sebagai satu keutamaan dalam menghadapi senario semasa kepimpinan politik tanah air. Daya penghormatan dan kesetiaannya kepada Presiden parti dalam menghadapi saat-saat getir kepimpinan parti memang tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapapun.

Di dalam hal ini, ternyata, Dato' Seri Najib telah meletakkan nilai dan tradisi UMNO melebihi daripada segala kepentingan. Kesediaan beliau yang secara terbuka dan menghormati kehendak akar umbi serta kepimpinan parti adalah merupakan satu kriteria utama sebagai pemimpin utama negara dan parti. Sekaligus ini membuktikan bahawa amalan, budaya dan nilai parti UMNO masih lagi segar dan erat dijunjung. Dari segi kepimpinan politik, seharusnya cara Dato Seri Najib ini wajar menjadi satu teladan terutama kepada pemimpin-pemimpin muda yang sedang menawarkan diri bertanding di semua peringkat sempena mesyuarat-mesyuarat bahagian. Perebutan jawatan di semua peringkat janganlah hendaknya menjadikan parti yang di warisi ini tak padu,” ujarnya yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Dato' Seri Najib sememangnya mampu memikul tanggungjawab, amanah dan tugas yang telah diberikan. Pengalaman beliau bermula daripada menjadi pemimpin peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa seperti UNESCO perlu menjadi asas kepada rakyat untuk memberi peluang dan bersama membantu mengurus negara dengan cemerlang.

Selain itu, penglibatan beliau secara menyeluruh di pelbagai peringkat parti UMNO dan BN sebelum ini juga perlu dijadikan sandaran oleh kita untuk yakin sepenuhnya dengan kemampuan beliau untuk membuat tranformasi dalam UMNO dan BN. Sudah pasti beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan perubahan secara lebih struktural, strategikal dan sistematik untuk UMNO dan BN. Ini juga adalah demi untuk menarik semula sokongan rakyat kepada kerajaan.

”Adalah menjadi harapan saya juga, cara, pendekatan dan proses peralihan kepimpinan yang berlaku antara Pak Lah dan Dato' Seri Najib dapat menjadi pengajaran dan panduan yang berguna kepada semua supaya parti lebih padu, kuat dan utuh pada masa yang akan datang. Keikhlasan Dato' Seri Najib untuk meneruskan agenda negara yang sedia ada adalah suatu yang positif dan wajar dicontohi. Saya tahu Dato' Seri Najib cukup bijak dalam menghayati semua agenda negara yang telah diketengahkan oleh Presiden parti selama ini.

Saya juga yakin bahawa pelantikan Dato' Seri Najib ini akan diterima sepenuhnya oleh semua pihak sama ada oleh komuniti di kampung, bandar, profesional, politik dan juga tidak terkecuali komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa. Secara peribadi, saya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah dan meletakkan sepenuh harapan kepada Dato' Seri Najib untuk merencanakan agenda ekonomi, politik dan sosial yang terbaik untuk negara”.

Monday, October 6, 2008

MENCARI NAIB PRESIDEN UMNO

Siapakah Naib Presiden pilihan perwakilan, Mac nie. Jika sebelum ini, betapa ramainya calon yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding, kini mungkin nama-nama seperti Dato’ Zahid Hamidi, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato’ Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bolehlah dikeluarkan sekejap dari senarai calon Naib Presiden UMNO.

Tinjauan rambang dan hasil perbualan di kedai-kedai kopi bertaraf `lima bintang’ – (Starbuck, Coffee Bean dan Riverside PWTC) – ramai yang mahukan pemilihan Naib Presiden kali ini, hasil penilaian ahli-ahli dengan penuh kematangan berdasarkan beberapa faktor yang dialami oleh UMNO pada hari ini.

Ada pendapat mengatakan, pemilihan Mac ini, ahli-ahli UMNO terutamanya perwakilan akan mengambil kira personaliti dan ketokohan calon-calon. Apatah lagi UMNO hari ini sedang berada di persimpangan untuk benar-benar melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dan dapat meneruskan kepimpinan UMNO di alaf baru, di hari mendung menanti hujan buat UMNO dan Barisan Nasional.

”UMNO memerlukan tokoh-tokoh yang mampu menyuarakan hasrat dan citarasa ahli-ahli yang baru. UMNO tidak memerlukan pemimpin yang yes man, yes bos. Berdasarkan faktor-faktor ini, pemilihan kali ini akan berpegang pada siapa yang benar-benar dianggap tokoh yang berwibawa dan tulen semangatnya dalam UMNO”- pandangan seorang sahabat yang sudah lama memerhatikan gelagat UMNO tetapi baru memohon menjadi ahli selepas PRU 12 yang lalu.

Hakikatnya, dalam arus politik sekarang, UMNO perlu barisan kepimpinan yang matang, bersih, berwibawa, berketrampilan dan berani bersuara bagi mengembalikan semangat perjuangan dan memantapkan barisan kepimpinan UMNO.

Siapakah yang memenuhi ciri-ciri itu?....

Saturday, October 4, 2008

MUKHRIZ

Aku sokong Dato’ Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Disember ini.

Aku bukannya kenal sangat dengan Mukhriz tapi sebagai penyokong Pak Lah satu ketika dulu, aku kagum dengan Pak Lah dan berharap Pak Lah akan jadi pemimpin yang hebat sebagaimana Tun M sebelum ini…. Namun aku kecewa disebabkan kekurangan Pak Lah dalam mentadbir UMNO dan kerajaan selepas Pilihan Raya umum ke 11.

Sehinggalah BN menghadapi krisis yang amat teruk ketika PRU12, yang menyaksikan BN hilang 6 buah negeri, dan hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Salah Pak Lah ke… bukan salah Pak Lah tapi terus terang aku katakan segala krisis yang melanda UMNO dan BN sejak PRU11 ialah sikap menantu Pak Lah, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama Dato Mukhriz.

Kini dengan membawa slogan ‘Berani Berubah’…. Mukhriz merupakan pilihan terbaik untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak sebagaimana KJ, yang membawa slogan ‘Setiakawan’.

Apapun, KJ dan Mukhriz masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dua calon lain, Dato’ Seri Khir Toyo dan Dato’ Zahidi…. Namun sebagai ahli Pemuda di peringkat bawahan ini, aku berdoa agar pemilihan ini tidak akan membawa perpecahan kepada Pemuda UMNO, kerana yang akan menjadi mangsa kelak… UMNO itu sendiri.

Aku berharap….siapa yang menang sekalipun, kita akan sokong sepenuhnya, demi membawa perubahan kepada UMNO, demi memberikan semula kekuatan kepada UMNO, agar UMNO terus relevan sepanjang hayat, relevan dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan Negara.

Thursday, September 25, 2008

Sandiwara Teresa Kok- Melayu yang bodoh

Apa dah jadi? Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin nie takdelah hebat sangat, rupa-rupanya kaki belit gak. Sekejap kata ‘makan makanan anjing’, lepas tu kata ‘makan macam makanan anjing’. Macamlah dia pernah makan makanan anjing.

Bersyukurlah wahai Teresa. Dapat gak kau makan masa duk dalam tahanan tu. Kau nak duk kat Penjara Guantanamo, kau tahu betapa azabnya tahanan kat sana tu. Ini baru kena tahan untuk disoal siasat, dah kata macam-macam. Patutnya kau nie di hantar sahaja kat Penjara Teluk Guantanamo tu.

Semoga rakyat cepat sedar sandiwara pemimpin-pemimpin PKR dan DAP nie. Mereka mempunyai niat tidak ikhlas dalam perjuangan mereka. Ada agenda sendiri untuk menakluk Malaysia. Itupun masih ada Melayu bodoh yang mengundi DAP, yang masuk DAP. Kalau ye pun benci sangat dengan UMNO, masuklah dan undilah PAS, ini tidak...masuk parti serpihan PAP tu. Lim Kit Siang kan bekas SETPOL Lee Kuan Yew masa Singapura dalam Malaysia dulu

Melayu...cepatlah sedar.

Melayu dalam UMNO pun cepatlah sedar, jangan asyik fikir diri sendiri sahaja. sokong tak tentu arah. UMNO dah kurang menyengat, sebab apa. Sebab pemimpin dalam UMNO itu sendiri.

Lembab sangat,asyik tido ajer. Asyik dengar kata anak bini +++.

Woi...sedarlah, orang Melayu sedang memerhatikan UMNO. Disember ni penentuan hidup mati UMNO...takkan tak sedar-sedar lagi.

Tuesday, September 23, 2008

JANGAN GADAI UNDI

Tun Mahathir menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum. Setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.

"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri. Kalau ada sesiapa yang cuba membeli undi kita, ingatlah harga undi itu tidak dapat ditentukan nilainya kerana melalui undi itulah, yang boleh menyelamatkan diri, bangsa dan agama kita," katanya.

Rakyat sendiri pada akhirnya akan menjadi mangsa jika memberi undi mereka kepada calon yang menggunakan wang bagi meraih kemenangan kerana individu berkenaan bukan daripada kalangan yang boleh dipercayai. Calon yang bersikap sedemikian tentulah daripada kalangan mereka yang tidak disukai ramai disebabkan malas bekerja atau tidak melayani keperluan rakyat sehingga sanggup menyogok wang bagi membeli undi.

"Orang yang macam ini kalau kita sokong, kitalah yang akan menjadi mangsa kerana mereka ini bukan manusia yang boleh dipercayai. Kalau dia sogok wang kepada kita, mungkin dia juga terima wang daripada orang lain. Oleh itu kita dapati wakil kita tidak bebas, sebaliknya dikuasai oleh orang-orang yang memberi wang kepadanya," ujar beliau.

Rakyat negara ini agar mensyukuri nikmat kedamaian dan keamanan yang dikecapi sejak 50 tahun lalu menerusi sistem demokrasi yang diamalkan pentadbiran kerajaan. Meskipun rakyat hidup dalam suasana berbilang kaum, tiada ketakutan dirasai kerana mereka mengetahui hidup di dalam sebuah negara yang aman. Penduduk harus berusaha mengekalkan keadaan tersebut dengan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi itu.

Sunday, September 21, 2008

Mimpi Lawak Anwar Ibrahim

Misi 16 September yang dicanangkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru bukan sahaja tinggal sejarah malah sudah menjadi bahan lawak, Anwar boleh mencari apa jua alasan tetapi hakikatnya seluruh rakyat di negara ini sudah mengakui pembohongan tersebut.

Kita boleh tipu orang dalam satu-satu masa tetapi kita tidak boleh tipu semua orang sepanjang masa. Jelas tarikh 16 September sudah menjadi bahan lawak dan apa jua yang dicanangkan selepas ini tidak lebih sekadar satu lagi bahan gurauan.

Sambil menyifatkan permainan politik ini akan berterusan, aku yakin Anwar tidak akan berani mendedahkan senarai nama 31 orang Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat menyertai pakatan pembangkang.

Kita cabar tapi Anwar tidak akan berani dedahkan sebab senarai yang ada kosong. Kalau sudah cukup dia tak akan berdolak dalih dalih lagi.

Monday, September 15, 2008

16 September….

Lama aku menyepi. Menyepi bukan beerti mati, tapi menyepi untuk mencari satu kepastian yang tak pasti.

Aku menantikan saat-saat indah 16 September, untuk aku menyaksikan satu sandiwara terbaik Malaysia, satu lakonan pentas yang dimainkan oleh mana-mana individu berkepentingan, untuk meletakkan kepentingan diri dan kepentingan hawa nafsunya dengan menjadikan aku dan kita-kita semua sebagai mangsa kepentingan dirinya.

Siapa Perdana Menteri hari ini? Oh tidak, masih Abdullah Haji Ahmad Badawi…. Oh! Kecewanya aku melihat sandiwara Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 16 September ini. ....

Oh!!! Tertipunya aku.... tapi jangan lupa....ramai lagi akan tertipu dek sandiwara Brother Anwar Bin Ibrahim @ B.A.B.I.

Buat Pak Lah, teruskan perjuangan. Jangan lupa.... Pak Lah mempunyai tanggungjawab besar pada negara dan ahli-ahli UMNO. Kalau Pak Lah rasa Pak Lah mampu, teruskan sehingga Jun 2010.... kalau tidak, baik 20 10 08, serahkan pada mereka yang selayaknya.

Kami masih sayangkan Pak Lah, kami masih sayangkan UMNO dan kami masih Setia Bersama Barisan... Pak Lah janganlah permainkan kesetiaan dan kasih sayang kami ini. Terima Kasih Malaysia

Wednesday, July 9, 2008

‘No PORR’ DAP kini jadi ‘Yes PORR’

Rayuan kerajaan negeri yang diterajui DAP dan PKR supaya kerajaan meneruskan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) begitu mengelirukan orang ramai kerana sebelum ini parti itu begitu lantang menentang pembinaannya atas alasan menjejaskan alam sekitar. DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini juga menyuarakan bantahan tersebut kerana tidak setuju dengan kutipan tol yang akan diperkenalkan di PORR sebaik sahaja projek berkenaan siap.

Presiden Persatuan Warisan Pulau Pinang, Dr. Choong Sin Toey berkata, ketika PORR ingin dilaksanakan, persatuannya, NGO lain serta DAP memprotes pelaksanaannya setelah mendapati projek itu tidak memberikan manfaat.

‘‘Laporan konsultan sebelum ini menyatakan bahawa masalah trafik akan diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun melalui pelaksanaan PORR, jadi kita minta supaya kerajaan memberi keutamaan kepada usaha membaiki sistem pengangkutan awam. Namun kita tidak faham kenapa sebelum ini DAP membantah, tetapi sekarang mereka pula yang meminta supaya projek itu diteruskan. Kita tidak tahu apa niat mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan untuk menangguhkan PORR dan Monorel Pulau Pinang yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerana tidak berdaya maju untuk dilaksanakan pada masa ini. Bagaimanapun, Guan Eng kemudiannya merayu kepada kerajaan Pusat supaya mengkaji semula keputusan berkenaan kerana pelaksanaan projek itu adalah penting dalam usaha menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan pelancong.

Menurut Sin Toey, beliau tidak faham kenapa DAP boleh mengubah pendirian namun bagi kira-kira 25 NGO di Pulau Pinang, bantahan itu akan tetap diteruskan. Bantahan terhadap PORR, katanya, akan diteruskan walaupun DAP ketika ini memerintah Pulau Pinang bersama sekutunya PKR.

‘‘Saya tidak tahu apa niat DAP, kita kena tanya Ketua Menteri kenapa mereka minta PORR diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Huan Cheng Guan pula berkata, beliau masih mengingati suasana di Pulau Pinang pada awal 2003 apabila kerajaan mengumumkan akan melaksanakan projek PORR. Ketika itu, katanya, ahli DAP melekatkan pelekat berwarna hitam dengan tulisan ‘No PORR’ pada kereta bagi membantah pelaksanaan projek tersebut dan kain rentang turut dipasang sebagai tanda protes.

‘‘Tapi kini DAP minta supaya PORR diteruskan pula, dulu mereka yang memperbesarkan isu tersebut dan membuat bantahan kononnya PORR melibatkan pengambilan tanah dan rumah teres. Pembangkang memang sentiasa begini, selalu menganggap apa yang kerajaan lakukan adalah salah walaupun ia adalah perkara betul,” katanya.

Menurut Cheng Guan, kebanyakan pemimpin DAP adalah orang luar, sebab itu mereka tidak mengetahui mengenai selok-belok di Pulau Pinang.

‘‘DAP cakap berbelit-belit, semua pemimpin negeri parti itu bukan dari negeri ini, semuanya hanya terjun ke sini,” katanya.

Oleh itu, kata Cheng Huan, pembangkang perlu mempunyai prinsip dengan mempertahankan apa yang dibantah selama ini dan melaksanakan apa yang mereka nyatakan dalam manifesto pilihan raya lalu.

Bagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Cheng Lian pula, memandangkan DAP kini membentuk kerajaan negeri bersama dengan PKR, maka parti itu perlu memahami dengan jelas bagaimana untuk mentadbir Pulau Pinang.

‘‘Bila jadi kerajaan negeri, baru DAP tahu bagaimana menjadi pentadbir, dulu bila BN memerintah, parti itu bising sekarang DAP tahu bagaimana rasanya dikritik,” katanya.

Cheng Liang yang pada 2002 turut membantah pelaksanaan PORR dan bersama dengan bekas ADUN Datuk Keramat, Lim Boo Chang telah digantung keahlian kerana berkecuali daripada pengundian usul ADUN DAP dari Batu Lanchang, Law Heng Kiang.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu, Heng Kiang menyatakan, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan sistem pengangkutan awam bersepadu termasuk penyediaan bas dua tingkat serta sistem transit monorel ringan (monorel) berbanding pembinaan PORR yang lebih mahal. Namun Jumaat lalu, Heng Kiang dilaporkan sebagai berkata di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau hanya meminta supaya PORR ditangguhkan bukan dibatalkan. Katanya, beliau tidak menentang pelaksanaan PORR dan membentangkan usul menangguhkan PORR pada 2002 kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas mengenai pelaksanaannya.

Wednesday, May 21, 2008

Aku kembali

Setelah sekian lama, selepas hilang password blog nie, kini aku kembali. Nantilah.... aku pun dah lama tak menulis nie, otak pun dah beku.

Sunday, December 2, 2007

Ke Mana Hala Tuju Keamanan Negara?

Selepas BERSIH, Hindraf plak buat perangai. Lepas Hindraf, siapa plak yang nak buat perangai. Tapi aku yakin, lepas nie ada lagi yang akan buat perangai.... Yang pasti, Suqiu juga tidak akan melepaskan peluang nak buat sesuatu untuk bangsa Cina plak.

Betul tak?

Tapi harap-harapnya, tiadalah lagi yang nak buat perangai lepas nie. Mana plak suara-suara pertubuhan Melayu yang berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

Pekida umpamanya. Nama senyap selepas Hindraf buat perangai nie.

Bagus gak Pekida tak menampilkan diri selepas apa yang berlaku sekarang nie, kalau tak pasti haru-biru dibuatnya.

Apapun, kalau dah melampau sangat, aku harap pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap mana-mana pertubuhan yang cuba memporak-perandakan negara.

Friday, November 16, 2007

Gelombang Kuning : Kebangkitan Rakyat Atau Agenda Anwar Ibrahim

Ab Jalil Backer [www.pemuda.com.my]

Ada ahli UMNO kerana marahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, menulis menghalalkan perarakan Gelombang Kuning. Mereka menulis perarakan gelombang kuning yang membabitkan puluhan ribu rakyat atas jalan raya di Kuala Lumpur manifestasi kemarahan rakyat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Marahkan nyamuk bakar kelambu. Jangan terpedaya dengan helah pembangkang dan anasir anti Melayu ini.

Ada apa dengan perarakan Gelombang Kuning? Jangan tertipu dengan alasan menuntut pilihan raya bersih? Pilihan raya negara ini sentiasa bersih dan telus.

Jika ada penyelewengan Mahkamah pula akan memastikan keadilan ditegakkan. Kerajaan pernah kalah di Mahkamah pilihan raya. Demikian juga pembangkang.

Agenda Anwar

Gelombang kuning tidak lebih daripada agenda Anwar Ibrahim. Anwar sudah terbiasa berusaha meraih populariti dan kuasa melalui gerakan jalanan.

Jika Demontrasi Baling tahun 70-an beliau membina imej dan pengaruh dalam gerakan pelajar, demontrasi 1998 pula ada usaha beliau menunjukkan bahawa pengaruh dan kuasa masih kuat dan belum luntur.

Demontrasi 2007 sekali lagi ditandai oleh kemunculan Anwar. Biarpun mereka mendakwa Bersih dan Gelombang Kuning dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) namun siapakh di sebalik Bersih ini?

Bukankah sebahagian besar merupakan penggerak jentera anwar suatu ketika dahulu?

Antara penggerak utama Bersih ialah Ezam Mohamad Nor dan Anuar Tahir. Kedua-dua mereka merupakan orang kuat Anwar sejak dulu, kini dan selamanya.

Pakaikanlah apa baju dan lambang pun ke atas dua manusia ini pastinya baunya tetap Anwar bin Ibrahim.

Selain itu, antara NGO yang terbabit ialah ALIRAN, sebuah NGO yang diketahui umum merupakan alat parti DAP.

Senarai panjang NGO yang terbabit semuanya diketahui umum telah ditubuhkan sejak dahulu untuk meneruskan agenda politik pembangkang. Justeru, ada apa dengan gelombang kuning kononnya manifestasi kebangkitan rakyat?

Menyeru pilihan raya Bersih hanyalah agenda politik murahan Anwar bagi menaikkan semangat penyokongnya dan parti pembangkang lain yang telah lesu dan kehilangan semangat. Anwar mahu membakar semula emosi orang ramai seperti 1998.

Gugat Ekonomi Untuk Jatuhkan BN

Selepas ini apa? Demontrasi demi demontrasi akan terus dianjurkan. Mereka mahu ekonomi negara menjadi makin teruk. Mereka mahu kestabilan tergugat. Mereka mahu rakyat menderita kehilangan peluang perniagaan, masa santai dan hidup dalam keadaan bimbang.

Mereka mahu polis membuang tenaga dan masa mengawasi perhimpunan haram. Ini akan menyebabkan banyak kes jenayah terus berlaku dan kekurangan anggota untuk mengawasinya.

Mereka mahu kerajaan membelanjakan banyak wang untuk mengawal perhimpunan haram dan memperbaiki kerosakan bagi mengurangkan peruntukan kerajaan ke arah lain.

Keseluruhan tujuan mereka hanyalah untuk mencetuskan ketidakstabilan. Hanya ketidakstabilan yang boleh menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Jika negara terus aman, makmur dan ekonomi berkembang, nescaya BN akan terus menang pilihan raya.

Jadi untuk menang pilihan raya, rakyat perlu menderita dan marah kepada kerajaan.

Justeru, gelombang kuning ini tidak lebih daripada usaha menderitakan rakyat agar Anwar bin Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri.

Raja Dipergunakan

Tindakan menggunakan warna kuning (warna diraja), mengadakan demontrasi dan seterusnya menghantar memorandum kepada Tuanku Yang Dipertuan Agong tidak lebih dari usaha untuk memperguna dan memanipulasi institusi beraja negara ini.

Mereka mahu menarik raja-raja ke dalam kancah politik hanya kerana mahu menang pilihan raya. Memang benar mereka sebagai rakyat berhak menghantar memorandum dan pandangan kepada Majlis raja-raja.

Namun dengan mengadakan perarakan haram ke Istana negara dahulu membuktikan bahawa niat mereka bukan sekadar untuk menyampaikan hasrat.

Dengan menggunakan warna kuning bagi menunjukkan kononya sokongan mereka kepada raja-raja Melayu, ia jelas bertujuan melaga-lagakan institusi beraja dengan Eksekutif.

Anwar tidak perlu menjadi jaguh raja-raja kerana beliau antara tokoh yang turut memainkan perubahan Perlembagaan Negara membabitkan raja-raja.

Terdapat juga Pesanan Ringkas (SMS) yang berlegar mendakwa raja-raja Melayu telah mengarahkan satu rejimen Askar Melayu melindungi peserta perhimpunan haram tersebut.

Apakah ini bukan satu tindakan merbahaya kepada negara dan proses demokrasi?

Memang benar Duli Yang Maha Muli Raja-raja tidak mungkin terpengaruh denagn taktik murahan seperti ini.

Namun membiarkan persepsi adanya konflik serius antara eksekutif dengan Raja-raja boleh memberi implikasi negatif kepada keselamatan negara dan kestabilan politik kita.

Pak Lah Harus Bertegas

Pak Lah tidak lagi boleh berlembut dan melihat majoriti masyarakat negara ini diancam ketakutan untuk keluar pada hujung minggu.

Kita juga tidak mahu anasir-anasir menghasut yang sedang dilakukan oleh beberapa NGO dan pemimpin politik terus bebas menghasut tanpa sempadan.

Usaha-usaha mewujudkan kekacauan bukan lagi sekadar menuntut pilihan raya yang bersih. Selain kumpulan ini, terdapat juga ekstremis agama yang melihat keterbukaan kerajaan sebagai alat untuk melanggar undang-undang atas nama agama.

Mereka menghasut, berdemontrasi dan melakukan benteng manusia untuk menghalang pelaksanaan undang-undang dan keputusan mahkamah. Apakah ini boleh diterima oleh majoriti rakyat?

Ada juga yang terus membuat keuntungan dalam penternakan babi tetapi mencemarkan persekitaran dengan begitu teruk.

Undang-undang membenarkan tindakan diambil tetapi kita menangguhkan kononya atas sebab isu sensitif. Mereka ini berani menentang penguatkuasa dan menggunakan tekanan politik.

Apakah ini satu keadaan yang sihat? Jangan sampai orang ramai tidak lagi menghormati undang-undang.

Ketika kita mahukan demokrasi terus subur dalam negara ini, ia tidak harus menjadi alasan untuk mendapat kelebihan hanya kerana kelompok ini sanggup bergaduh dan bergasak untuk menang.

Demokrasi adalah soal kebenaran, keadilan, pemikiran, percambahan idea, penguatkuasaan undang-undang dan pemilihan pentadbiran bukannya soal siapa lebih jantan.

Justeru jika undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sistem demokrasi tidak dihormati, apakah bentuk demokrasi yang mereka perjuangkan?

Negara akan kacau bilau jika kerajaan tidak mula bertindak mempertahankan keluhuran undang-undang. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.

Wednesday, November 7, 2007

PEMUDA JANGAN PUAS HATI


Rencana Utusan Malaysia (7 November 2007, ms 10)

Para perwakilan, pemerhati dan wartawan ke Perhimpunan Pemuda UMNO Malaysia kali ini mengesan sesuatu yang agak berbeza dalam ucapan Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ada sesuatu yang agak istimewa dari nada, kandungan dan orientasi ucapan itu.

Hishammuddin mendekati ucapannya dengan cara lebih ‘peribadi’ dan bercakap secara jujur tentang komitmen dan perjuangannya. Ada satu elemen baru yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pemuda kali ini – video sepanjang kira-kira 10 minit yang disiarkan sebelum ucapan itu.

Pergerakan Pemuda UMNO berada pada kedudukan yang kuat masa ini, jauh berbeza dari sewaktu Hishammuddin mengambil alih jawatan Ketua pada tahun 1998.

Waktu itu Pemuda hampir berpecah akibat ahli-ahli yang berbelah bagi kesetiaan mereka ekoran penyingkiran Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Persimpangan

Pemecatan Anwar dari UMNO menyebabkan Pemuda berada dalam persimpangan. Ini diakui oleh Hishammuddin dalam ucapannya.

Umum mengakui bahawa Hishammuddin telah berjaya mengekalkan perpaduan dalam Pemuda walaupun banyak orang kuat Pemuda ketika itu yang lari kepada Anwar.

Hishammuddin menunjukkan taringnya yang sebenar dengan menggerakkan barisan Pemuda untuk bersatu semula.

Memang Pemuda hilang kredibiliti masa itu. Mereka dicemuh dan dianggap tidak relevan lagi.

Hishammuddin tidak berputus asa tetapi berusaha keras memulihkan Pemuda. Pilihan raya kecil di Lunas merupakan tamparan kepada Pemuda apabila BN kalah pada Saifuddin Nasution, orang yang pernah menjadi mastermind Pergerakan Pemuda.

Ketika itu ada pihak yang sudah write-off Pemuda. Hishammuddin membuktikan sebaliknya.

Sudah sembilan tahun peristiwa itu berlalu. Pada tahun 1999, apabila Hishammuddin pertama kali muncul dalam Perhimpunan Agung sebagai Ketua Pemuda, beliau menunjukkan ketegasannya.

Hari ini Pemuda dalam kedudukan yang kuat. Sokongan ke atas beliau kental dan pimpinan beliau ternyata berkesan.

Hishammuddin nampaknya menggunakan kesempatan kekuatan Pemuda hari ini untuk menghantar mesej yang jelas kepada ahli pergerakan itu – bahawa Pemuda tidak harus berpuas hati dengan kejayaan yang ada.

Kali ini Hishammuddin meminta Pemuda kembali melihat pelbagai kesukaran yang pernah mereka lalui bagi bergerak ke hadapan dengan berani dan yakin.

Tema ucapan beliau kali ini ialah ‘Pemuda Perjuangan’.

Beliau juga memutuskan untuk personalise isu yang membabitkan perjuangan dengan komitmen beliau sendiri dalam politik.

Beliau berkata, ‘ada yang berpandangan bahawa politik akan mengubah pengamalnya. Ada yang berpendapat bahawa pengamal politik akan terjerumus dalam pusaran air yang deras tanpa dasar dengan tabiat politiknya’.

Menurut beliau lagi segala-gala dalam pusaran itu akan ‘menelan nilai, harga diri, prinsip dan pegangannya’.

Banyak pemerhati politik menganggap ini kenyataan yang paling berani pernah dibuat mengenai kaedah dan tabiat berpolitik.

Beliau secara jujur mengakui bahawa dalam keadaan kejayaan dan kekuatan, dan apabila petanda kemakmuran berleluasa, pengamal politik harus berpegang pada prinsip perjuangan yang asal.

Mereka tidak harus diubah oleh keadaan tetapi meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Hishammuddin juga membangkitkan salah faham ekoran perarakan Keris Panca Warisan dan perbuatannya mengeluarkan keris serta mengucupnya dalam perhimpunan tahun 2005 dan 2006.

Beliau memberi jaminan bahawa keris Melayu bukan senjata yang perlu ditakuti tetapi merupakan lambang perlindungan bagi semua kaum.

Keris yang dijulang menunjukkan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi kepada Pemuda UMNO.

Keris tidak harus dimomokkan oleh sesiapa.

Tuesday, October 30, 2007

ECER Detik Bersejarah Bagi Kelantan

KEMAJUAN DIKONGSI: Abdullah memukul rebana sambil diperhatikan Nik Aziz ketika melancarkan ECER peringkat Kelantan di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Alhamdullillah… Nik Aziz Nik Mat menerima dan menyifatkan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai detik bersejarah dalam kerjasama antara dua pihak bagi membangunkan Kelantan.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana ECER dilihat memberi perhatian kepada projek-projek yang dikenalpasti sebagai mustahak untuk dilaksanakan.

Walaupun berbeza dari segi fahaman politik dengan kerajaan Pusat, Nik Aziz menzahirkan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan ECER untuk Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran, Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Datuk Husam Musa memberi jaminan, kerajaan PAS Kelantan bukan sahaja akan menjayakan projek ECER malah sedia memberikan komitmen 1000% dalam menjayakan projek ini mengikut perancangan.

Monday, October 22, 2007

Luahan Kayveas Mewakili suara 530, 222 ahli PPP

Beliau sedar ada pihak yang melabelnya sebagai mengada-ada dan suka mencari publisiti murahan. Beliau juga sedar ada pihak yang menuduhnya dan PPP sebagai ‘pengacau’ di dalam BN.

“Tapi suara saya itu mewakili semua peringkat ahli PPP yang seramai 530,222 orang”…. Itulah luahan hati Datuk M Kayveas, Presiden PPP baru-baru ini dalam Perhimpunan Agung parti itu


Berpolitik Secara Matang- Jangan Ambil Pendekatan Popular....

Pemimpin parti komponen BN diingatkan supaya tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab

Ini kerana jika mereka mempunyai pendapat tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

Tuntutan dan pendapat sedemikian tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, “Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN. Bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah... memang senang dan kita pun (Pemuda UMNO) boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab”.


Jangan Beri Tekanan- PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua parti komponen BN supaya tidak memberi tekanan dalam membuat tuntutan pertambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sebaliknya tuntutan mengenainya perlu melalui saluran yang betul iaitu dengan menghantar permohonan rasmi kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan BN.

Katanya, sejak BN wujud, parti itu mengamalkan muafakat dalam semua perkara termasuk mengenai pengagihan kerusi kepada semua parti komponen.

Beliau turut mengakui sememangnya pihak luar khususnya parti pembangkang mahu melihat BN dalam keadaan berpecah-belah. Justeru beliau mahu semua parti komponen mengelak daripada berkelahi sesama sendiri kerana ia memberi kesan yang tidak baik kepada kestabilan BN.

”Kita mesti bermuafakat dan bekerjasama. Rakyat sendiri tidak suka melihat kita berkelahi kecuali pihak-pihak yang sering menentang kita. Golongan ini mahu melihat kita berpecah belah. BN bukan parti untuk golongan tertentu sebaliknya ia merupakan parti bagi semua golongan tidak kira latar belakang, agama atau status. Siapa kata BN untuk orang kaya sahaja atau untuk golongan atau agama tertentu sahaja. BN adalah milik semua orang. Tertubuhnya BN adalah untuk membela nasib dan masa depan semua lapisan masyarakat tidak kira miskin atau kaya. Sekiranya inilah pegangan BN (parti untuk golongan tertentu) sudah pasti BN akan `lingkup’ dan akhirnya kita akan kalah dalam pilihan raya. Sejak era Perikatan lagi, asas kekuatan BN ialah mendapat sokongan rakyat daripada pelbagai lapisan dan ia telah terbukti dalam setiap pilihan raya. Rakyat yakin dengan kekuatan yang ada pada BN dan oleh itu mereka memberi sokongan sepenuhnya kepada BN kerana mereka tahu BN mampu memberi kemajuan kepada rakyat dan negara ini”.

Wednesday, October 10, 2007

Pas, DAP Cuba Main Wayang Perkauman

[sumber: www.pemuda.com.my]

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Pas dan DAP hari ini disifatkan cuba menggerakkan kempen berbentuk sentimen perkauman sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim berkata dakwaan Pas bahawa DAP lebih menjurus ke arah perkauman adalah kenyataan retorik kerana pada dasarnya kedua-dua parti pembangkang berkenaan menggunakan kaedah politik yang sama.

"Saya melihat mereka ada hubungkait dengan perkara ini. Pas seolah-olah mahu menunjukkan mereka tidak sehaluan dengan DAP, dan begitulah sebaliknya DAP ingin menonjolkan mereka tidak lagi sebulu dengan Pas.

"Hakikatnya matlamat kedua-dua parti ini tetap sama, cuba memancing undi mengikut kaum masing-masing.

"Pengalaman dalam dua pilihan raya umum lalu iaitu pada 1999 dan 2004 telah memberi ilham kepada mereka untuk menggunakan sentimen perkauman bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Kata beliau lagi pada 1999, prestasi DAP merudum setelah mereka menjalinkan kerjasama dengan Pas menerusi pakatan yang dinamakan 'Barisan Alternatif' (BA) dan pada 2004 prestasi mereka pulih semula setelah mereka menarik diri daripada pakatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kebimbangan Pas terhadap kecenderungan DAP yang mula menunjukkan elemen-elemen perkauman dalam perjuangan parti itu, terutama sejak kebelakangan ini.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar seterusnya berkata tidak mustahil Pas dan DAP akan turut memperalatkan parti baru yang ditubuhkan oleh Datuk S Nallakarupan, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sebagai alat untuk memancing undi kaum India pula.

Mengenai dakwaan politik perkauman hanya diamalkan oleh UMNO dan beberapa parti komponen BN, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Sebaliknya tegas beliau DAP serta rakan sekutu merekalah yang mengamalkan politik perkauman kerana parti pembangkang terbabit hanya bersuara apabila terdapat sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka dan akan berdiam diri apabila melibatkan kaum lain.

"Sebagai contoh, isu memperkasakan sekolah kebangsaan langsung tidak disentuh oleh DAP tetapi parti-parti komponen BN termasuk MCA dan MIC turut sama memberikan pandangan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.

"BN adalah sebuah parti yang berasaskan kaum yang mana ianya berdiri di atas prinsip dan bukannya atas kepentingan sesuatu kaum.

"Di dalam BN, jika timbul isu yang melibatkan kaum Cina, kita akan rujuk kepada MCA, jika timbul isu kaum India, kita akan rujuk kepada MIC dan jika timbul isu Melayu, perkara itu akan dirujuk kepada UMNO, begitulah jika timbul isu yang melibatkan parti komponen lain.

"Inilah yang dikatakan berdiri di atas prinsip. Perlu diingat mempertahankan hak bukanlah perkauman kerana mempertahankan hak seperti mepertahankan kedaulatan negara", ujarnya.

Tegas beliau dengan kebijaksanaan serta pemuafakatan jitu di kalangan pemimpin BN telah membawa negara ini terus membangun dan maju serta makmur.

Tahniah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan, semalam.

Tahniah. Semoga selamat pergi dan kembali.

Tuesday, September 18, 2007

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA – Jalur Gemilang Maruah Negara

Aku cukup kecewa dengan tindakan Pelajar Sek Men (A) Swasta di Kuala Terengganu yang terlibat dalam rusuhan yang dicetuskan oleh segelintir penyokong parti pembangkang baru-baru ini.

Aku bukannya apa, sedih sangat kerana pelajar terbabit juga dikaitkan dalam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membakar Jalut Gemilang dalam rusuhan tersebut.

Malu… sungguh malu. Dalam usia baru mencecah 50 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan, masih ada lagi pihak yang tidak tahu menilai erti sebuah kemerdekaan Negara. Tidak menghargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu memperjuangkan kebebasan dan nilai kemerdekaan yang telah kita nikmati hari ini.

Oleh itu, aku haraplah agar pihak berkuasa mengambil tindakan tepat dan adil terhadap pelajar tersebut. Pelajar tersebut telahpun menyerahkan diri, oleh yang demikian, siasatan yang adil hendaklah dibuat kepada pelajar terbabit.

Dengan harapan hukuman yang bakal dikenakan terhadap pelajar tersebut, tidak akan merosakkan masa hadapan pelajar tersebut.

Masih ada sinar di hari esok. Cuma sebagai insane biasa, aku berharap sangatlah agar Malaysia terus dilimpahi rezeki, diberikan kemakmuran dan kesejahteraan serta keamanan yang berterusan.

Lebih penting lagi, aku mengharapkan ada sinar perpaduan sesama Melayu di kemudian hari. UMNO, PAS dan ADIL barangkali, akan berbicara mengenai perpaduan Melayu, mungkinkah ada sinar tersebut ..... Insya-Allah.

Sunday, September 9, 2007

Wajah Sebuah Perjuangan Suci

Inilah wajah hasil sebuah perjuangan suci sebuah parti yang berjuang atas nama perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Mereka berjuangan atas nama keadilan ... keadilan untuk rakyat, perjuangan rakyat.

Berjuang untuk keselesaan rakyat. Tapi adakah ini hasil yang membawa kepada kemakmuran dan keselesaan kepada rakyat.

Apa nak jadi .... budaya samseng yang dibawa parti ini cukup menyedihkan, sampai bila rakyat nak terus diperdayakan untuk kepentingan nafsu mereka.

Siapa mereka ini? Apakah sebenarnya makna perjuangan mereka? Untuk rakyat atau ada agenda peribadi.

Fikir-fikirkanlah ....

Monday, September 3, 2007

Solat Hajat Untuk Tun M

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad akan menjalani pembedahan Coronary bypass pada 4 September 2007 di Institut jantung negara, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, ANSARA akan mengadakan Solat hajat mendoakan kejayaan dan kesejahteraan pembedahan ini di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 3 September 2007 selepas solat Isyak.

Seluruh ahli Ansara dan rakyat Malaysia beragama Islam dijemput bersama-sama berjemaah.

Wednesday, August 29, 2007

TAHNIAH !!!


MEREKA LAYAK BERGELAR JUARA... Barisan pemain Malaysia gembira meraikan kejayaan muncul juara Pestabola Merdeka edisi ke-39 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Malaysia yang kali terakhir muncul juara pada 1993, menewaskan Myanmar 3-1.

Monday, August 20, 2007

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Lama dah tak merapu kat sini. Sajer-jer, aku nak berehat sekejap dari sebarang aktiviti. Okeylah, buat semua rakyat Malaysia ....


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-50 TAHUN

Wednesday, August 15, 2007

Isu Azly Rahman : Aku Janji atau hutang .... ?

Dok sibuk berjuang untuk rakyat, jaga harta rakyat, jaga duit rakyat, jangan korbankan harta rakyat demi kepentingan sendiri .... itu semua dah jadi darah daging perjuangan kita.

Bukan sahaja di pihak kerajaan, malah pembangkang juga dok kata mereka memperjuangkan hak rakyat dan harta benda rakyat.

Aku sedih bila membaca masalah Dr Azly Rahman dan isterinya, Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad yang dikatakan telah dibuang Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana mereka gagal menandatangani Aku Janji.

Dalam tulisan Lee Ban Chen di malaysiakini, ada menyebut satu petisyen yang ditandatangani oleh 40 profesor/bekas profesor serta pensyarah universiti telah dihantar kepada kerajaan mendesak agar Akujanji Universiti dimansuhkan dan mereka yang telah dipecat kerana enggan menandatangai Akujanji terbabit, termasuk Dr Azly Rahman dan Dr Mutiara Mohamad hendaklah diambil bertugas semula.

Petisyen tersebut menyifatkan ikrar taat setia itu sebagai satu hadangan terhadap perkembangan sihat universiti, kerana ianya menghakis hak asasi kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara yang amat penting untuk dilindungi dan diperkuatkan jika negara mahu maju ke hadapan.

Nampaknya gaya penulisannya macam Dr Azly dan isterinya ini penyokong puak pembangkang yang tidak mahu menanda tangani Aku janji berkenaan. Benarkah begitu?

Aku pada awalnya sungguh kecewa dengan tindakan UUM yang menyekat ilmu Dr Azly ini. Tapi sebenarnya, tanggapan awal aku silap sama sekali. Ini kerana bukan Azly dan Mutiara tidak mahu menandatangani aku janji terbabit tetapi sebenarnya beliau telah berhutang dengan UUM sebanyak RM 1.25Juta.

Wow! Kenapa begitu banyak sekali hutang dua insan ini terhadap UUM.....?
Betul ker mereka berhutang dengan UUM atau apa sebenarnya yang berlaku .... aku nak tunggu dan lihat, apa pula jawapan Dr Azly selepas ini?

Kes Pelajar Persenda Negara Patut Jadi Pengajaran - GPMS

Episod seorang pelajar di sebuah universiti di Taiwan yang mempersendakan negara, kerajaan, orang Melayu dan Islam dalam klip video bertajuk Negarakuku harus dijadikan pengajaran supaya tiada lagi pihak memandang remeh isu kaum dan agama.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Nardin Awang berkata, generasi muda terutama pelajar di luar negara perlu berfikiran rasional dan mampu memikirkan kesan negatif jika mengguris perasaan sesuatu kaum.

“Sebagai rakyat Malaysia walaupun berada di luar negara, tidak sepatutnya mencuba sesuatu perkara yang boleh mencetuskan kontroversi semata-mata untuk menunjukkan kreativiti dan bakat,” katanya.

Mohd Nardin berkata, generasi muda memang digalakkan menunjukkan daya kreatif dan bakat masing-masing tetapi bukan membabitkan perkara yang menjejaskan keharmonian kaum.Meng Chee yang menggunakan nama samaran Namewee, menyiarkan klip video lagu Negarakuku di laman web YouTube pertengahan bulan lalu. Lagu rap bahasa Hokkien itu mendakwa masyarakat Cina dipinggirkan, memperlekehkan Melayu, wanita Islam bertudung serta azan Subuh.

Tidak Perlu Perbaharui Kontrak Sosial- Tun M

”Negara akan menanggung akibat buruk sekiranya kita memperbaharui kontrak sosial, kerana kontrak sosial tersebut merupakan asas kepada kemerdekaan negara. Rakyat negara ini tidak perlu memperbaharui kontrak sosial yang dipersetujui bersama sebelum negara mencapai kemerdekaan kerana perjanjian itu sudah mencukupi.

Kalau kontrak sosial itu dikeluarkan, maka tidak ada maknanya lagi kerana ia adalah asas kepada kemerdekaan negara ini. Perjanjian tersebut ada kebaikannya kepada negara dan disebabkan itu juga, rakyat berbilang kaum masih dapat hidup aman dan negara berjaya dibangunkan”
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenapa perlu hentikan debat lagu Negaraku?

Dari laman web: www.isuhot.com

Utusan Malaysia bertarikh 13 Ogos 2007 menyiarkan satu berita bertajuk "Hentikan segera debat isu Negaraku - Ka Ting". Artikel tersebut mengulas bagaimana Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mahu isu klip video kontroversi yang mempersendakan lagu kebangsaan Negaraku dihentikan segera kerana bimbang ianya boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau juga berkata pihak MCA kini sedang menangani kes itu secara serius bagi mengelakkan ianya menjadi masalah lebih besar sehingga menyinggung perasaan dan sensiviti orang lain.

Apa lagi yang perlu ditangani? Perkara tersebut sudah pun berlaku bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur. Dan ianya bukan sahaja telah menjadi lebih besar malahan menyinggung perasaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Malahan kononnya MCA tidak mahu masyarakat melihat hanya kerana seorang individu, seluruh kaum dicop sebegitu.

Tetapi tindakan menyiarkan lagu tersebut adalah sungguh biadap kerana mempersendakan agama Islam. Jadi apa rasionalnya bahawa si NameWee itu kononnya patriotik dan cintakan negara?

Generasi muda yang cintakan negara dan tanahair tidak akan menjadi sebegitu angkuh dan biadap sehingga sanggup mempersendakan lagu kebangsaan negaranya sendiri.

Hanya kerana orang Melayu selama ini hanya mendiamkan diri dan bertolak-ansur dengan kaum lain, jangan disangka orang Melayu kaum yang lemah kerana sarang tebuan jangan dijolok.

Lagu yang digubah berunsurkan rap dan R & B itu ada juga mempersendakan agama Islam dengan menyamakan azan dengan kokokan ayam.

Jadi apa rasionalnya bahawa ianya tidak menyentuh isu sensitif yang melukakan hati orang lain? Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas agar orang lain tidak sewenang-wenangnya mempermainkan undang-undang negara dan isu sensitif negara kerana jika dibiarkan orang lain akan lebih berani mempermainkan isu-isu tersebut.

Penulis berharap agar pihak berkuasa dapat menghukum Wee Meng Chee, 24, di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.