Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan
golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.
Dalam isu rampasan 353 naskah Alkitab versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah,
pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan
Islam Agama Islam Selangot (Jais).
Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu
dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri
berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.
Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan
tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.
Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh
parti cauvinis Cina, Dap.
Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun
Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam
Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku),
Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – kini sudah
sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat
Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.
Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal
kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan
bukan Islam juga mempunyai hak sama
seperti umat Islam di negara ini.
Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan
tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian
yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya
anak-anak muda.
Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat
apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri
pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.
Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga
menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian
rasmi pakatan pembangkang.
Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan
PKR untuk merosakkan Islam.
Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR
kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan,
kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.
Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan
kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan
Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.
Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga
Islam.
PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda
Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.
Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan
Pluralisme adalah agama anutan mereka.
Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih
teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.
PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan
akidah umat Islam di negara ini.
Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais
malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.
Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap
anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan
majalah Herald.
Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak
usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak
mempedulikan keputusan badan kehakiman.
Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam
di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang
sinonim dengan Islam itu?
Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras
kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.
Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak
yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.
Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan
habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi
menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada
satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.
No comments:
Post a Comment