Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Anwar Mahu Murtadkan Umat Islam Selangor?


Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.

Dalam isu rampasan 353 naskah Alkitab versi  bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).

Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.

Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.

Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – kini sudah sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.

Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak  sama seperti umat Islam di negara ini.

Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.

Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.

Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.

Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.

Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.

Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.

Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.
PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.

Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.

Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.

PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.

Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.

Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.

Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu?

Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.

Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.


Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.

Monday, January 13, 2014

Kalimah Allah: Bila Akan DiAmbil Tindakan Ke Atas Mereka Yang Menghina Mahkamah?

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu selepas merumuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. 

Bagaimanapun, Pengarang majalah Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew kemudiannya secara biadab telah membuat kenyataan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Kenyataan Andrew bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Rayuan, malahan turut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember lalu.

Sultan Sharafuddin antara lain menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Hari ini, kemelut kalimah ‘Allah’ menjadi semakin rumit apabila Bible Society Malaysia (BSM) pula bertindak membelakangkan mahkamah dan menderhaka titah Sultan dengan terus mengedar Bible Melayu dengan nama ‘Allah’ di dalamnya.  Akibatnya, premis BSM telah diserbu oleh JAIS dan bible tersebut dirampas. 

Kejadian ini digunakan sepenuhnya oleh pihak Kristian untuk menimbulkan gambaran buruk terhadap JAIS, Islam dan juga kerajaan walaupun apa yang berlaku ialah pihak mereka yang sebenarnya melanggar undang-undang. 

Setiap negara ada undang-undang dan setiap rakyat wajib akur kepada undang-undang.  Undang-undang dibuat bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal, selain menegakkan keadilan.  Apabila ada pihak yang dengan sengaja melanggar dan tidak menghormati undang-undang maka keadaan akan menjadi huru-hara dan negara mampu menjadi tidak stabil. 

Manusia yang bertamadun tidak punya masalah untuk patuh kepada undang-undang biarpun kadangkala mereka merasakan yang ia tidak menepati citarasanya.  Dalam negara demokrasi, biarpun semua golongan punya hak masing-masing, namun kehendak majoriti wajib diutamakan.  Ini adalah keadilan mengikut sistem demokrasi. 

Apa yang pelik ialah pihak yang begitu lantang memperjuangkan demokrasi di Malaysia enggan menerima hakikat ini, iaitu kehendak majoriti adalah lebih utama dari minoriti.  Pada hari ini, mereka ini berjuang bermati-matian untuk membela tindakan 9% penganut Kristian mencabar undang-undang negara serta kehendak majoriti rakyat.  Hujah mereka, mereka hanya memperjuangkan kebebasan beragama atas nama demokrasi. 

Namun hipokrasi mereka terserlah apabila dalam mereka berhujah bahawa nama Tuhan bukan satu isu besar kerana semua agama merujuk kepada Tuhan yang sama, mereka berdegil ingin menggunakan nama ‘Allah’ juga bagi Injil berbahasa Melayu.  Kenapa tidak digunakan saja nama lain jika bagi mereka ia bukan satu isu?

Jelas, pihak pembela Kristian ini tidak faham bahawa dalam sistem demokrasi, kebebasan dan hak sesiapa jua tidak harus mengatasi undang-undang.   Apatah lagi apabila undang-undang itu ternyata tidak pernah menimbulkan masalah, dan terbukti menjadi kunci keamanan dan kestabilan negara.   

Tidak cukup dengan mencabar majoriti dan membelakangkan undang-undang, mereka mencerca pula pihak yang menang di mahkamah.  Kemudian, mereka mempermainkan pula pihak berkuasa serta ‘memijak-mijak’ kepala DYMM Sultan seolah-olah Institusi DiRaja dan semua institusi penguatkuasaan di Malaysia tidak bermakna. 

Bagaikan manusia ‘barbarian’ mereka memakai undang-undang rimba iaitu sekadar mengikut ‘kepala otak’ sendiri.    

Sekiranya manusia tidak bertamadun ini tidak dikawal, kita khuatir yang negara mungkin akan huru-hara. Justeru, kita mendesak agar tindakan diambil segera ke atas mereka yang menghina mahmakah. 

Kes Kalimah Allah telah pun diputuskan di mahkamah dan adalah di bawah bidangkuasa hakim untuk menghukum mereka yang melanggar keputusannya.  Mengikut undang-undang yang kita ada sekarang, seseorang itu boleh dikenakan hukuman (penjara atau denda) jika sabit kesalahan 'menghina mahkamah' (contempt of court) apabila ia mempunyai kecenderungan (tendency) untuk campur tangan, menggugat atau mengganggu proses pentadbiran keadilan (interfere with the administration of justice).

Dalam kes ini, pihak Kristian, terutama Paderi Lawrence Andrew dan BSM telah secara jelas dan sengaja, mencabar dan melanggar keputusan mahkamah. 

Oleh itu, melihat dari kekusutan yang telah mereka cetuskan, adalah tidak wajar sekiranya tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.  Kita bimbang jika mahkamah terus menerus melayan karenah pihak yang tidak bertamadun ini, maka integrasi mahkamah juga akan turut dipertikaikan. 

Kita tidak mahu Malaysia dilihat sebagai negara yang tidak bertamadun juga kerana tidak mampu menegakkan undang-undang dan mempertahankan keputusan mahkamah.  Kita juga tidak rela titah Sultan diperlekeh oleh warganegara Malaysia sendiri tanpa apa-apa tindakan dikenakan terhadap mereka. 

Semakin lama perkara ini berlarutan semakin ternampak seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan hilang kawalan.