Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz
Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog theUnspinners mengenai taktik kotor
COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.
Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh
pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu
menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu
adalah pengganas. Mungkin,
niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka
boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan.
Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari
manusia-manusia yang punya integriti. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta
enggan akur kepada peraturan.
Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang
diperjuangkan mereka. Mungkin
bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta
adalah menyusahkan. Ini
kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya
menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’
manusia.
Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya
takut berhadapan dengan pihak NGO Islam. Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka
tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang
bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini.
Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan
mengemukakan hujah masing-masing secara rasional. Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva,
dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO.
Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa
bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali
apakah kita di pihak yang benar atau salah.
Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri
atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah
ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan
undang-undang.
Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya,
iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula
sebagai pihak yang maju dan bertamadun.
Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah
terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang. Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri
juga haram dan kini terbukti pula suka bermainkotor.
Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO
kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang
tidak sesuai bagi manusia moden.
No comments:
Post a Comment