Pergolakan
di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling
sengit dalam sejarah parti itu.
Kumpulan
Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS
akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan
menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.
Tekanan
ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin
pusat PKR semakin kiat kedengaran.
Semua
ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap
Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.
Apatah
lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan
mempertahankan jawatannya sebagai
presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya,
Anwar Ibrahim.
Tanpa
perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan
serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.
Azmin
pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS
sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.
Mungkin
buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan
menumbangkan Khalid.
Bagaimanapun
Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri
ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.
Berbagai
usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid
mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh
sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.
Jika
Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan
menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.
Ini
kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan
kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli
parti.
PKR
selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat
sokongan politik untuk berkuasa.
Jika
ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang
penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas
teruk.
Seperkara
lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah
perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru
ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.
Nurul
sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan
cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.
Walaupun
perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli
parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.
Ini
menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga
pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.
Bukan
sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung
nilai-nilai akhlak yang murni juga.
Masalah
perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan
yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam
kehidupannya.
Ini
tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai
tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai
satu model dan contoh keluarga bahagia.
Apabila
Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang
suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi
imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan
ranap.
Bak
kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.
Inilah
yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana
beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.
Perceraian
Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada
pemilihan akan datang.
Samada
ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.
Sekiranya
mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden
akan terjejas.
Tetapi
jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau
di dalam PKR adalah agak terjamin.
No comments:
Post a Comment