Sunday, March 2, 2014

Isu Projek Langat 2 Sepatutnya Lama Selesai Jika Utamakan Kepentingan Rakyat


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang akur untuk membenarkan projek pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang telah tertangguh selama hampir enam tahun yang lalu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sepatutnya isu ini sudah lama selesai kalau ianya tidak dipolitikkan.

“Ternyata keputusan ini walaupun terlewat namun ia mengutamakan agenda kepentingan rakyat Selangor berbanding mengutamakan agenda politik kepartisan sendiri.

Penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri berkenaan, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air.

Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikat nyatanya masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.

“Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana tika itu penyesalan tiada gunanya lagi.

Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 akan diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) berkuat kuasa hari ini,” tambahnya.


Tambahnya, persetujuan tersebut sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, semalam.

Tuesday, February 4, 2014

Kerusi Menteri Besar Langkah ‘Check-Mate’ Anwar ke atas BN?


Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’,  kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.  Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti.  Akibatnya, rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu. 

Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari.  Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi. 

Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi.  Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’.  Justeru, adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh.  Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh.   Namun, apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka.  Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? 

Oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR?  Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama?  Siapakah yang mengundi BN dan kenapa? 

BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera.  BN meletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama.  Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. 

Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia.  Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa.   Pun begitu, Malaysia di bawah BN bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya. 

BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. 

PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN. 

Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu sebagai tonggak utama.  DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.  DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.  DAP ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.  

PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat.  Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT.  Malah, pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang mengharamkan homoseksual adalah lapuk.  Beliau juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama. 

Selain itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’.  Kedua mereka ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara; antaranya, memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia. 

Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai matlamat utama.  PAS berpendekatan ekstrem di mana parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk merobohkan kilang arak. 

Walaubagaimanapun, itu cerita lama. 

PAS hari ini sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju. Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim.  Hari ini, PAS telah memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut menikmati wang Yahudi.   PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN. 

Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu.  Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa.  PAS boleh bertakbir, melalak dan berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.   

Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza  dari pemerintahan BN. 

Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam setiap PRU.  Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu. 

Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai PR.   Semakin perubahan itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13.

Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara semulajadi.  Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini, entah bagaimana, berada di dalam BN.  Usaha mengubah BN menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin menolak BN.

BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR. 

Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja. 

Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.  Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony. 

Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang.  Walau betapa kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus mengenepikannya. 

Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk ‘check-mate’.  Dengan dana Selangor yang begitu banyak, tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim. 

Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala kemungkinan dan bersedia menghadapinya -  kecualilah, jika kita benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya. 

Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti.  Dan satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas paksi asalnya. 

Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu.  Oleh itu, BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan turut ditolak.  Ingatlah, golongan liberal, plural, LGBT bukanlah majoriti.  Begitu juga dengan golongan korporat, konglomerat atau taikun-taikun - mereka bukannya mewakili majoriti.  BN tidak perlu terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini. 

Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh rakyat dan negara. 

Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC.  Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak - hanya perlu perbaiki


Tuesday, January 28, 2014

Azmin Guna Isu Moral Jatuhkan Nurul Izzah


Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.

Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.

Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.

Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.

Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid, Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya  sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

Tanpa perlindungan politik dari presiden parti, Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur.

Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.

Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.

Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.

Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.

Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu.

Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti.

PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.

Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk.

Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya, Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.
Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti.

Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.
Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.

Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.

Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak, Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia.

Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya, bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama, tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.

Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.

Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.

Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.

Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.

Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin, kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas.


Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak, posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin.

Wednesday, January 15, 2014

Pembangkang Sengaja Putar-Belit Isu Kangkung Untuk Alih Perhatian Rakyat


Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul” luahnya di laman Twitter miliknya semalam.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai ‘favourite’. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan  dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :

Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini kejayaan kacang merah?

Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya bukan ayatnya...

Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..

Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak

Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.

Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly

FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..

Nur Arisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu

Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu sangat watpe...manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul....


Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.


Salam Maulidur Rasul buat semua.

COMANGO Bermain Kotor?


Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog theUnspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.   

Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas.  Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan. 

Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti.  Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan. 

Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan mereka.   Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.  Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak asasi’ manusia. 

Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam.  Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini. 

Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.  Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO. 

Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah. 

Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang. 

Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun. 

Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.  Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermainkotor. 

Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden. 


Tuesday, January 14, 2014

UMNO Khianati Perjuangan Anggota Keselamatan Di Lahad Datu


Sedih melihat perkembangan UMNO semalam, aku memang malas nak komen semalam tapi bila tengok gambar Raof Beruang tersenyum meleret nie lagi menambahkan kebengkekkan aku kat SUK UMNO nie ...



Tian Chua relax jer ...







Anwar Mahu Murtadkan Umat Islam Selangor?


Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.

Dalam isu rampasan 353 naskah Alkitab versi  bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).

Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.

Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.

Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – kini sudah sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.

Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak  sama seperti umat Islam di negara ini.

Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.

Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.

Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.

Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.

Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.

Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.

Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.
PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.

Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.

Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.

PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.

Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.

Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.

Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu?

Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.

Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.


Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.

Monday, January 13, 2014

Nalla Cabar Anwar Untuk Teruskan Saman Fitnah


Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar  untuk menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam

"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang di pihak benar. "

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya. 

Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.

Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.

Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.

Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.

Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’.