Monday, October 13, 2008

PERALIHAN KUASA – Kepentingan Akar Umbi Kepentingan Pak Lah

Keputusan Pak Lah dalam proses peralihan kepimpinan baru-baru ini secara jelas menunjukkan bahawa beliau bukan sebagaimana yang didakwa selama ini iaitu seorang yang ingin kekal berkuasa. Beliau telah sudi mendengar suara akar umbi dan ini membuktikan bahawa jiwanya terhadap UMNO cukup tinggi. Walau apa pun keadaannya yang lebih penting sekarang ialah kita sudah mengetahui keputusannya, maka yang perlu diutamakan selepas ini ialah kekuatan seluruh ahli parti dan rakyat untuk menghadapi episod mutakhir politik tanah air ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri hishammuddin Hussein berkata, secara jelas, kematangan, kebijakan, dan ketelusan serta keikhlasan adalah amat dituntut dalam keadaan seperti ini. Setiap ahli parti daripada semua peringkat harus berlapang dada dan berusaha merasionalkan pemikiran dan tindakan masing-masing. Kita bukan berada dalam zon perang atau pun pilihan raya. Kita hanya berada dalam situasi untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dijayakan sepenuhnya.

”Dalam tempoh beberapa bulan ini juga saya cukup kagum dgn kesabaran, ketabahan, kematangan dan pegangan Dato' Seri Najib yang meletakkan kepentingan parti sebagai satu keutamaan dalam menghadapi senario semasa kepimpinan politik tanah air. Daya penghormatan dan kesetiaannya kepada Presiden parti dalam menghadapi saat-saat getir kepimpinan parti memang tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapapun.

Di dalam hal ini, ternyata, Dato' Seri Najib telah meletakkan nilai dan tradisi UMNO melebihi daripada segala kepentingan. Kesediaan beliau yang secara terbuka dan menghormati kehendak akar umbi serta kepimpinan parti adalah merupakan satu kriteria utama sebagai pemimpin utama negara dan parti. Sekaligus ini membuktikan bahawa amalan, budaya dan nilai parti UMNO masih lagi segar dan erat dijunjung. Dari segi kepimpinan politik, seharusnya cara Dato Seri Najib ini wajar menjadi satu teladan terutama kepada pemimpin-pemimpin muda yang sedang menawarkan diri bertanding di semua peringkat sempena mesyuarat-mesyuarat bahagian. Perebutan jawatan di semua peringkat janganlah hendaknya menjadikan parti yang di warisi ini tak padu,” ujarnya yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Dato' Seri Najib sememangnya mampu memikul tanggungjawab, amanah dan tugas yang telah diberikan. Pengalaman beliau bermula daripada menjadi pemimpin peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa seperti UNESCO perlu menjadi asas kepada rakyat untuk memberi peluang dan bersama membantu mengurus negara dengan cemerlang.

Selain itu, penglibatan beliau secara menyeluruh di pelbagai peringkat parti UMNO dan BN sebelum ini juga perlu dijadikan sandaran oleh kita untuk yakin sepenuhnya dengan kemampuan beliau untuk membuat tranformasi dalam UMNO dan BN. Sudah pasti beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan perubahan secara lebih struktural, strategikal dan sistematik untuk UMNO dan BN. Ini juga adalah demi untuk menarik semula sokongan rakyat kepada kerajaan.

”Adalah menjadi harapan saya juga, cara, pendekatan dan proses peralihan kepimpinan yang berlaku antara Pak Lah dan Dato' Seri Najib dapat menjadi pengajaran dan panduan yang berguna kepada semua supaya parti lebih padu, kuat dan utuh pada masa yang akan datang. Keikhlasan Dato' Seri Najib untuk meneruskan agenda negara yang sedia ada adalah suatu yang positif dan wajar dicontohi. Saya tahu Dato' Seri Najib cukup bijak dalam menghayati semua agenda negara yang telah diketengahkan oleh Presiden parti selama ini.

Saya juga yakin bahawa pelantikan Dato' Seri Najib ini akan diterima sepenuhnya oleh semua pihak sama ada oleh komuniti di kampung, bandar, profesional, politik dan juga tidak terkecuali komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa. Secara peribadi, saya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah dan meletakkan sepenuh harapan kepada Dato' Seri Najib untuk merencanakan agenda ekonomi, politik dan sosial yang terbaik untuk negara”.

Monday, October 6, 2008

MENCARI NAIB PRESIDEN UMNO

Siapakah Naib Presiden pilihan perwakilan, Mac nie. Jika sebelum ini, betapa ramainya calon yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding, kini mungkin nama-nama seperti Dato’ Zahid Hamidi, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato’ Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bolehlah dikeluarkan sekejap dari senarai calon Naib Presiden UMNO.

Tinjauan rambang dan hasil perbualan di kedai-kedai kopi bertaraf `lima bintang’ – (Starbuck, Coffee Bean dan Riverside PWTC) – ramai yang mahukan pemilihan Naib Presiden kali ini, hasil penilaian ahli-ahli dengan penuh kematangan berdasarkan beberapa faktor yang dialami oleh UMNO pada hari ini.

Ada pendapat mengatakan, pemilihan Mac ini, ahli-ahli UMNO terutamanya perwakilan akan mengambil kira personaliti dan ketokohan calon-calon. Apatah lagi UMNO hari ini sedang berada di persimpangan untuk benar-benar melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dan dapat meneruskan kepimpinan UMNO di alaf baru, di hari mendung menanti hujan buat UMNO dan Barisan Nasional.

”UMNO memerlukan tokoh-tokoh yang mampu menyuarakan hasrat dan citarasa ahli-ahli yang baru. UMNO tidak memerlukan pemimpin yang yes man, yes bos. Berdasarkan faktor-faktor ini, pemilihan kali ini akan berpegang pada siapa yang benar-benar dianggap tokoh yang berwibawa dan tulen semangatnya dalam UMNO”- pandangan seorang sahabat yang sudah lama memerhatikan gelagat UMNO tetapi baru memohon menjadi ahli selepas PRU 12 yang lalu.

Hakikatnya, dalam arus politik sekarang, UMNO perlu barisan kepimpinan yang matang, bersih, berwibawa, berketrampilan dan berani bersuara bagi mengembalikan semangat perjuangan dan memantapkan barisan kepimpinan UMNO.

Siapakah yang memenuhi ciri-ciri itu?....

Saturday, October 4, 2008

MUKHRIZ

Aku sokong Dato’ Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Disember ini.

Aku bukannya kenal sangat dengan Mukhriz tapi sebagai penyokong Pak Lah satu ketika dulu, aku kagum dengan Pak Lah dan berharap Pak Lah akan jadi pemimpin yang hebat sebagaimana Tun M sebelum ini…. Namun aku kecewa disebabkan kekurangan Pak Lah dalam mentadbir UMNO dan kerajaan selepas Pilihan Raya umum ke 11.

Sehinggalah BN menghadapi krisis yang amat teruk ketika PRU12, yang menyaksikan BN hilang 6 buah negeri, dan hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Salah Pak Lah ke… bukan salah Pak Lah tapi terus terang aku katakan segala krisis yang melanda UMNO dan BN sejak PRU11 ialah sikap menantu Pak Lah, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama Dato Mukhriz.

Kini dengan membawa slogan ‘Berani Berubah’…. Mukhriz merupakan pilihan terbaik untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak sebagaimana KJ, yang membawa slogan ‘Setiakawan’.

Apapun, KJ dan Mukhriz masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dua calon lain, Dato’ Seri Khir Toyo dan Dato’ Zahidi…. Namun sebagai ahli Pemuda di peringkat bawahan ini, aku berdoa agar pemilihan ini tidak akan membawa perpecahan kepada Pemuda UMNO, kerana yang akan menjadi mangsa kelak… UMNO itu sendiri.

Aku berharap….siapa yang menang sekalipun, kita akan sokong sepenuhnya, demi membawa perubahan kepada UMNO, demi memberikan semula kekuatan kepada UMNO, agar UMNO terus relevan sepanjang hayat, relevan dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan Negara.

Thursday, September 25, 2008

Sandiwara Teresa Kok- Melayu yang bodoh

Apa dah jadi? Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin nie takdelah hebat sangat, rupa-rupanya kaki belit gak. Sekejap kata ‘makan makanan anjing’, lepas tu kata ‘makan macam makanan anjing’. Macamlah dia pernah makan makanan anjing.

Bersyukurlah wahai Teresa. Dapat gak kau makan masa duk dalam tahanan tu. Kau nak duk kat Penjara Guantanamo, kau tahu betapa azabnya tahanan kat sana tu. Ini baru kena tahan untuk disoal siasat, dah kata macam-macam. Patutnya kau nie di hantar sahaja kat Penjara Teluk Guantanamo tu.

Semoga rakyat cepat sedar sandiwara pemimpin-pemimpin PKR dan DAP nie. Mereka mempunyai niat tidak ikhlas dalam perjuangan mereka. Ada agenda sendiri untuk menakluk Malaysia. Itupun masih ada Melayu bodoh yang mengundi DAP, yang masuk DAP. Kalau ye pun benci sangat dengan UMNO, masuklah dan undilah PAS, ini tidak...masuk parti serpihan PAP tu. Lim Kit Siang kan bekas SETPOL Lee Kuan Yew masa Singapura dalam Malaysia dulu

Melayu...cepatlah sedar.

Melayu dalam UMNO pun cepatlah sedar, jangan asyik fikir diri sendiri sahaja. sokong tak tentu arah. UMNO dah kurang menyengat, sebab apa. Sebab pemimpin dalam UMNO itu sendiri.

Lembab sangat,asyik tido ajer. Asyik dengar kata anak bini +++.

Woi...sedarlah, orang Melayu sedang memerhatikan UMNO. Disember ni penentuan hidup mati UMNO...takkan tak sedar-sedar lagi.

Tuesday, September 23, 2008

JANGAN GADAI UNDI

Tun Mahathir menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum. Setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.

"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri. Kalau ada sesiapa yang cuba membeli undi kita, ingatlah harga undi itu tidak dapat ditentukan nilainya kerana melalui undi itulah, yang boleh menyelamatkan diri, bangsa dan agama kita," katanya.

Rakyat sendiri pada akhirnya akan menjadi mangsa jika memberi undi mereka kepada calon yang menggunakan wang bagi meraih kemenangan kerana individu berkenaan bukan daripada kalangan yang boleh dipercayai. Calon yang bersikap sedemikian tentulah daripada kalangan mereka yang tidak disukai ramai disebabkan malas bekerja atau tidak melayani keperluan rakyat sehingga sanggup menyogok wang bagi membeli undi.

"Orang yang macam ini kalau kita sokong, kitalah yang akan menjadi mangsa kerana mereka ini bukan manusia yang boleh dipercayai. Kalau dia sogok wang kepada kita, mungkin dia juga terima wang daripada orang lain. Oleh itu kita dapati wakil kita tidak bebas, sebaliknya dikuasai oleh orang-orang yang memberi wang kepadanya," ujar beliau.

Rakyat negara ini agar mensyukuri nikmat kedamaian dan keamanan yang dikecapi sejak 50 tahun lalu menerusi sistem demokrasi yang diamalkan pentadbiran kerajaan. Meskipun rakyat hidup dalam suasana berbilang kaum, tiada ketakutan dirasai kerana mereka mengetahui hidup di dalam sebuah negara yang aman. Penduduk harus berusaha mengekalkan keadaan tersebut dengan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi itu.

Sunday, September 21, 2008

Mimpi Lawak Anwar Ibrahim

Misi 16 September yang dicanangkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru bukan sahaja tinggal sejarah malah sudah menjadi bahan lawak, Anwar boleh mencari apa jua alasan tetapi hakikatnya seluruh rakyat di negara ini sudah mengakui pembohongan tersebut.

Kita boleh tipu orang dalam satu-satu masa tetapi kita tidak boleh tipu semua orang sepanjang masa. Jelas tarikh 16 September sudah menjadi bahan lawak dan apa jua yang dicanangkan selepas ini tidak lebih sekadar satu lagi bahan gurauan.

Sambil menyifatkan permainan politik ini akan berterusan, aku yakin Anwar tidak akan berani mendedahkan senarai nama 31 orang Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat menyertai pakatan pembangkang.

Kita cabar tapi Anwar tidak akan berani dedahkan sebab senarai yang ada kosong. Kalau sudah cukup dia tak akan berdolak dalih dalih lagi.

Monday, September 15, 2008

16 September….

Lama aku menyepi. Menyepi bukan beerti mati, tapi menyepi untuk mencari satu kepastian yang tak pasti.

Aku menantikan saat-saat indah 16 September, untuk aku menyaksikan satu sandiwara terbaik Malaysia, satu lakonan pentas yang dimainkan oleh mana-mana individu berkepentingan, untuk meletakkan kepentingan diri dan kepentingan hawa nafsunya dengan menjadikan aku dan kita-kita semua sebagai mangsa kepentingan dirinya.

Siapa Perdana Menteri hari ini? Oh tidak, masih Abdullah Haji Ahmad Badawi…. Oh! Kecewanya aku melihat sandiwara Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 16 September ini. ....

Oh!!! Tertipunya aku.... tapi jangan lupa....ramai lagi akan tertipu dek sandiwara Brother Anwar Bin Ibrahim @ B.A.B.I.

Buat Pak Lah, teruskan perjuangan. Jangan lupa.... Pak Lah mempunyai tanggungjawab besar pada negara dan ahli-ahli UMNO. Kalau Pak Lah rasa Pak Lah mampu, teruskan sehingga Jun 2010.... kalau tidak, baik 20 10 08, serahkan pada mereka yang selayaknya.

Kami masih sayangkan Pak Lah, kami masih sayangkan UMNO dan kami masih Setia Bersama Barisan... Pak Lah janganlah permainkan kesetiaan dan kasih sayang kami ini. Terima Kasih Malaysia

Wednesday, July 9, 2008

‘No PORR’ DAP kini jadi ‘Yes PORR’

Rayuan kerajaan negeri yang diterajui DAP dan PKR supaya kerajaan meneruskan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) begitu mengelirukan orang ramai kerana sebelum ini parti itu begitu lantang menentang pembinaannya atas alasan menjejaskan alam sekitar. DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini juga menyuarakan bantahan tersebut kerana tidak setuju dengan kutipan tol yang akan diperkenalkan di PORR sebaik sahaja projek berkenaan siap.

Presiden Persatuan Warisan Pulau Pinang, Dr. Choong Sin Toey berkata, ketika PORR ingin dilaksanakan, persatuannya, NGO lain serta DAP memprotes pelaksanaannya setelah mendapati projek itu tidak memberikan manfaat.

‘‘Laporan konsultan sebelum ini menyatakan bahawa masalah trafik akan diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun melalui pelaksanaan PORR, jadi kita minta supaya kerajaan memberi keutamaan kepada usaha membaiki sistem pengangkutan awam. Namun kita tidak faham kenapa sebelum ini DAP membantah, tetapi sekarang mereka pula yang meminta supaya projek itu diteruskan. Kita tidak tahu apa niat mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan untuk menangguhkan PORR dan Monorel Pulau Pinang yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerana tidak berdaya maju untuk dilaksanakan pada masa ini. Bagaimanapun, Guan Eng kemudiannya merayu kepada kerajaan Pusat supaya mengkaji semula keputusan berkenaan kerana pelaksanaan projek itu adalah penting dalam usaha menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan pelancong.

Menurut Sin Toey, beliau tidak faham kenapa DAP boleh mengubah pendirian namun bagi kira-kira 25 NGO di Pulau Pinang, bantahan itu akan tetap diteruskan. Bantahan terhadap PORR, katanya, akan diteruskan walaupun DAP ketika ini memerintah Pulau Pinang bersama sekutunya PKR.

‘‘Saya tidak tahu apa niat DAP, kita kena tanya Ketua Menteri kenapa mereka minta PORR diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Huan Cheng Guan pula berkata, beliau masih mengingati suasana di Pulau Pinang pada awal 2003 apabila kerajaan mengumumkan akan melaksanakan projek PORR. Ketika itu, katanya, ahli DAP melekatkan pelekat berwarna hitam dengan tulisan ‘No PORR’ pada kereta bagi membantah pelaksanaan projek tersebut dan kain rentang turut dipasang sebagai tanda protes.

‘‘Tapi kini DAP minta supaya PORR diteruskan pula, dulu mereka yang memperbesarkan isu tersebut dan membuat bantahan kononnya PORR melibatkan pengambilan tanah dan rumah teres. Pembangkang memang sentiasa begini, selalu menganggap apa yang kerajaan lakukan adalah salah walaupun ia adalah perkara betul,” katanya.

Menurut Cheng Guan, kebanyakan pemimpin DAP adalah orang luar, sebab itu mereka tidak mengetahui mengenai selok-belok di Pulau Pinang.

‘‘DAP cakap berbelit-belit, semua pemimpin negeri parti itu bukan dari negeri ini, semuanya hanya terjun ke sini,” katanya.

Oleh itu, kata Cheng Huan, pembangkang perlu mempunyai prinsip dengan mempertahankan apa yang dibantah selama ini dan melaksanakan apa yang mereka nyatakan dalam manifesto pilihan raya lalu.

Bagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Cheng Lian pula, memandangkan DAP kini membentuk kerajaan negeri bersama dengan PKR, maka parti itu perlu memahami dengan jelas bagaimana untuk mentadbir Pulau Pinang.

‘‘Bila jadi kerajaan negeri, baru DAP tahu bagaimana menjadi pentadbir, dulu bila BN memerintah, parti itu bising sekarang DAP tahu bagaimana rasanya dikritik,” katanya.

Cheng Liang yang pada 2002 turut membantah pelaksanaan PORR dan bersama dengan bekas ADUN Datuk Keramat, Lim Boo Chang telah digantung keahlian kerana berkecuali daripada pengundian usul ADUN DAP dari Batu Lanchang, Law Heng Kiang.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu, Heng Kiang menyatakan, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan sistem pengangkutan awam bersepadu termasuk penyediaan bas dua tingkat serta sistem transit monorel ringan (monorel) berbanding pembinaan PORR yang lebih mahal. Namun Jumaat lalu, Heng Kiang dilaporkan sebagai berkata di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau hanya meminta supaya PORR ditangguhkan bukan dibatalkan. Katanya, beliau tidak menentang pelaksanaan PORR dan membentangkan usul menangguhkan PORR pada 2002 kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas mengenai pelaksanaannya.

Wednesday, May 21, 2008

Aku kembali

Setelah sekian lama, selepas hilang password blog nie, kini aku kembali. Nantilah.... aku pun dah lama tak menulis nie, otak pun dah beku.