Rayuan kerajaan negeri yang diterajui DAP dan PKR supaya kerajaan meneruskan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) begitu mengelirukan orang ramai kerana sebelum ini parti itu begitu lantang menentang pembinaannya atas alasan menjejaskan alam sekitar. DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini juga menyuarakan bantahan tersebut kerana tidak setuju dengan kutipan tol yang akan diperkenalkan di PORR sebaik sahaja projek berkenaan siap.
Presiden Persatuan Warisan Pulau Pinang, Dr. Choong Sin Toey berkata, ketika PORR ingin dilaksanakan, persatuannya, NGO lain serta DAP memprotes pelaksanaannya setelah mendapati projek itu tidak memberikan manfaat.
‘‘Laporan konsultan sebelum ini menyatakan bahawa masalah trafik akan diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun melalui pelaksanaan PORR, jadi kita minta supaya kerajaan memberi keutamaan kepada usaha membaiki sistem pengangkutan awam. Namun kita tidak faham kenapa sebelum ini DAP membantah, tetapi sekarang mereka pula yang meminta supaya projek itu diteruskan. Kita tidak tahu apa niat mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan untuk menangguhkan PORR dan Monorel Pulau Pinang yang sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerana tidak berdaya maju untuk dilaksanakan pada masa ini. Bagaimanapun, Guan Eng kemudiannya merayu kepada kerajaan Pusat supaya mengkaji semula keputusan berkenaan kerana pelaksanaan projek itu adalah penting dalam usaha menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan pelancong.
Menurut Sin Toey, beliau tidak faham kenapa DAP boleh mengubah pendirian namun bagi kira-kira 25 NGO di Pulau Pinang, bantahan itu akan tetap diteruskan. Bantahan terhadap PORR, katanya, akan diteruskan walaupun DAP ketika ini memerintah Pulau Pinang bersama sekutunya PKR.
‘‘Saya tidak tahu apa niat DAP, kita kena tanya Ketua Menteri kenapa mereka minta PORR diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Huan Cheng Guan pula berkata, beliau masih mengingati suasana di Pulau Pinang pada awal 2003 apabila kerajaan mengumumkan akan melaksanakan projek PORR. Ketika itu, katanya, ahli DAP melekatkan pelekat berwarna hitam dengan tulisan ‘No PORR’ pada kereta bagi membantah pelaksanaan projek tersebut dan kain rentang turut dipasang sebagai tanda protes.
‘‘Tapi kini DAP minta supaya PORR diteruskan pula, dulu mereka yang memperbesarkan isu tersebut dan membuat bantahan kononnya PORR melibatkan pengambilan tanah dan rumah teres. Pembangkang memang sentiasa begini, selalu menganggap apa yang kerajaan lakukan adalah salah walaupun ia adalah perkara betul,” katanya.
Menurut Cheng Guan, kebanyakan pemimpin DAP adalah orang luar, sebab itu mereka tidak mengetahui mengenai selok-belok di Pulau Pinang.
‘‘DAP cakap berbelit-belit, semua pemimpin negeri parti itu bukan dari negeri ini, semuanya hanya terjun ke sini,” katanya.
Oleh itu, kata Cheng Huan, pembangkang perlu mempunyai prinsip dengan mempertahankan apa yang dibantah selama ini dan melaksanakan apa yang mereka nyatakan dalam manifesto pilihan raya lalu.
Bagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Cheng Lian pula, memandangkan DAP kini membentuk kerajaan negeri bersama dengan PKR, maka parti itu perlu memahami dengan jelas bagaimana untuk mentadbir Pulau Pinang.
‘‘Bila jadi kerajaan negeri, baru DAP tahu bagaimana menjadi pentadbir, dulu bila BN memerintah, parti itu bising sekarang DAP tahu bagaimana rasanya dikritik,” katanya.
Cheng Liang yang pada 2002 turut membantah pelaksanaan PORR dan bersama dengan bekas ADUN Datuk Keramat, Lim Boo Chang telah digantung keahlian kerana berkecuali daripada pengundian usul ADUN DAP dari Batu Lanchang, Law Heng Kiang.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu, Heng Kiang menyatakan, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan sistem pengangkutan awam bersepadu termasuk penyediaan bas dua tingkat serta sistem transit monorel ringan (monorel) berbanding pembinaan PORR yang lebih mahal. Namun Jumaat lalu, Heng Kiang dilaporkan sebagai berkata di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa beliau hanya meminta supaya PORR ditangguhkan bukan dibatalkan. Katanya, beliau tidak menentang pelaksanaan PORR dan membentangkan usul menangguhkan PORR pada 2002 kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas mengenai pelaksanaannya.

No comments:
Post a Comment