Thursday, April 16, 2009

Melayu di ambang bahaya

Lama gila aku menyepi, lama gila aku tak update blog… aku takde idea. Menyampah tengok politik Malaysia hari ini. Tak kiralah UMNO, PAS .... PKR dan DAP jauh sekali jalan perjuangannya.

Apa yang nak aku perkatakan.... apa sahaja senario politik yang berlaku hari ini... MELAYU yang bodoh, MELAYU yang akan rugi. Sebabnya, PAS kena tekan DAP, UMNO kena tekan MCA dan Gerakan.... akhirnya terpaksa mengalah.... aku juga yang rugi melihat Melayu terus terkebelakang.

Paling senang, DAP yang kerjanya cukup senang. Dia akan laga-lagakan UMNO-PAS-PKR Melayu ...dia yang akan dapat segala-galanya. Kuasa, harta, tanah dan maruah. Yang jadi balacinya, siapa lagi kalau bukan PAS yang diketuai Nizar.

MCA pula ingin mencuba pendekatan yang sama, dengan cuba bermain api untuk minta kerusi Timbalan Perdana Menteri dari Dato Najib.... yang dia dapat OneMalaysia.

Pada mulanya...aku berpandangan, OneMalaysia nie sama aje pendekatannya dengan malaysia Malaysian yang diperjuangkan DAP, sama ajer dengan PAS For All sebagaimana perjuangan PAS kini, walaupun satu ketika dulu PAS kata UMNO Kafir sebab bersahabat dan bekerjasama dengan MCA dan Kompenan BN lain. Kini, PAS juga bukan sahaja bersahabat, bekerjasama dan berpeluk....dah ada Kelab Penyokong PAS yang diketuai Gobala.

Saper kuda siapa...aku tak tahu. Yang aku tahu.... Melayu terus berpecah. Tapi aku tetap berdoa dan berharap agar kepimpinan Dato’ Najib Tun Razak akan dapat mencuri semula hati orang Melayu untuk menyokong UMNO, akan dapat menarik semula keyakinan orang bangsa lain untuk terus bersama Barisan ... .

Dalam kesempatan ini, aku gak nak ucap tahniah buat Dr Zambry dan barisan EXCOnya kerana boleh hadir sidang DUN. Bila nak buat, kalau Siva si Speaker pokok asam tu tak nak panggil sidang DUN, Zambry pergi aja mendagap Sultan Perak untuk minta perkenan panggil sidang DUN.

Jangan dilayan sangat si dewa `pokok-pokok’ tu. Kesian gak aku dengan Nizar, terpaksa ‘menyembah’ pokok DUN untuk terus berkuasa. Sabarlah Nizar, jangan sesat sangat. Kini awak tu dah ada 2 tanggungjawab, kalau asyik menyembah pokok tu.... menderita pengundi awak kat Sungai Panjang dan Bukit Gantang tu.

3 comments:

.@blogger.com said...

salam saudaraku,
tidak dapat dinafikan betapa orang melayu dikala ini menyimpan amarah kerana pemipin2 melayu membawa perjuangan yang menyimpang jauh. kepentingan peribadi dan kelompok mereka utamakan dengan meninggalkan kepentingan bangsa bahkan agama, bagaimanapun saudaraku,berjuanglah dialam siber dengan menulis membina dan membela bangsa dan negara - kita mesti lakukan sesuatu dan tidak boleh hanya berdiam diri. kita mesti mengubah untuk berubah - salam perjuangan - bERANIKAN hATI

sahabat gunung said...

Salam perjuangan dan salam persahabatan dari Sahabat-Gunung

al amin said...

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan seeara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang meneabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan, kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun?
Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang .

Salah siapa?

Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?

UNGKU AZIZ: Orang Melayu mesti merasakan rasuah itu sebagai satu dosa. Tetapi masalahnya orang tidak lagi rasa berdosa sehingga ia menjadi lumrah dan orang tidak lagi sedar dia rasuah.

bolehlah di simpulkan ia adalah salah kita(masyarakat melayu), kerana terlalu dhaif untuk menilai dalam memilih/menentukan pemimpin.

bak kata bidalan melayu

"Kalau mencari tempat mandi
petama teluk kedua pantai
kalau mencari pemimpin negeri
pertama elok kedua pandai"

ciri yang pertama ialah elok iaitu elok akhlaknya.

cermin-cermikan pemimpin melayu kini.

Apakah mereka layak untuk menjadi pemimpin MELAYU ?

marilah kita fikir-fikirkan.