Tuesday, September 18, 2007

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA – Jalur Gemilang Maruah Negara

Aku cukup kecewa dengan tindakan Pelajar Sek Men (A) Swasta di Kuala Terengganu yang terlibat dalam rusuhan yang dicetuskan oleh segelintir penyokong parti pembangkang baru-baru ini.

Aku bukannya apa, sedih sangat kerana pelajar terbabit juga dikaitkan dalam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab membakar Jalut Gemilang dalam rusuhan tersebut.

Malu… sungguh malu. Dalam usia baru mencecah 50 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan, masih ada lagi pihak yang tidak tahu menilai erti sebuah kemerdekaan Negara. Tidak menghargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu memperjuangkan kebebasan dan nilai kemerdekaan yang telah kita nikmati hari ini.

Oleh itu, aku haraplah agar pihak berkuasa mengambil tindakan tepat dan adil terhadap pelajar tersebut. Pelajar tersebut telahpun menyerahkan diri, oleh yang demikian, siasatan yang adil hendaklah dibuat kepada pelajar terbabit.

Dengan harapan hukuman yang bakal dikenakan terhadap pelajar tersebut, tidak akan merosakkan masa hadapan pelajar tersebut.

Masih ada sinar di hari esok. Cuma sebagai insane biasa, aku berharap sangatlah agar Malaysia terus dilimpahi rezeki, diberikan kemakmuran dan kesejahteraan serta keamanan yang berterusan.

Lebih penting lagi, aku mengharapkan ada sinar perpaduan sesama Melayu di kemudian hari. UMNO, PAS dan ADIL barangkali, akan berbicara mengenai perpaduan Melayu, mungkinkah ada sinar tersebut ..... Insya-Allah.

No comments: